Pendekatan terapi Ruqyah dalam ilmu perubatan Melayu tradisional: kajian terhadap kitab Mujarrobat al-Fawa’id / Juriah Mohd Amin and Huzaimah Ismail

Mohd Amin, Juriah and Ismail, Huzaimah (2015) Pendekatan terapi Ruqyah dalam ilmu perubatan Melayu tradisional: kajian terhadap kitab Mujarrobat al-Fawa’id / Juriah Mohd Amin and Huzaimah Ismail. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.
Abstract

Ruqyah merupakan doa atau bacaan tertentu bertujuan memohon perlindungan daripada Allah atau untuk menyembuhkan penyakit. Kaedah ruqyah diamalkan oleh umat Islam alam Melayu sejak mereka menerima Islam. Kitab-kitab Tib pula adalah kitab-kitab berkenaan aspek perubatan Melayu tradisional. Ia sama ada kitab terjemahan dari bahasa Arab atau kitab asal. Kitab-kitab ini biasanya ditulis menggunakan tulisan jawi dan bahasa Melayu klasik. Sejajar dengan kesan kedatangan Islam ke alam Melayu, kitab-kitab ini telah diterbitkan dan telah menjadi asas kepada perkembangan terapi ruqyah di alam Melayu. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti kandungan kitab tib Mujarrobat al-Fawa’id fi al-Solah wa al-Awa`id berhubung dengan terapi ruqyah. Kajian ini menggunakan metod historikal dan dokumentasi bagi mendapatkan data-data. Hasil kajian ini menunjukkan pentingnya kitab-kitab ini terus dipelihara sebagai salah satu khazanah bangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 35682.pdf]
Text
35682.pdf
Download (553kB)
Indexing & Metrics