Keupayaan tapak warisan menyemarakkan perpaduan / Mohd Hasrul Yushairi Johari

Johari, Mohd Hasrul Yushairi (2015) Keupayaan tapak warisan menyemarakkan perpaduan / Mohd Hasrul Yushairi Johari. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Semangat kesatuan dalam situasi kepelbagaian kaum di Malaysia amat dituntut di dalam perlembagaan. Walau bagaimanapun, memelihara keharmonian di antara kaum itu adalah sesuatu yang mencabar pada masa kini. Kerajaan telah giat berusaha memastikan keutuhan membina bangsa Malaysia tetapi rakyat Malaysia seolah-olah seperti di dalam keadaan tegang tapi stabil. Integrasi antara kaum selalunya tercetus melalui pemahaman antara budaya tetapi jarang dibincangkan bagaimana tapak warisan juga berupaya menyatukan kaum iaitu apabila melawat sesuatu tapak warisan bangsa lain, maka mereka juga dapat menyelami budaya dan mempelajari budaya kaum lain (knowing the Other). Justeru, apabila sesuatu kaum itu peka terhadap budaya orang lain hasil daripada lawatan di tapak warisan, maka sifat hormat menghormati di antara sesama kaum itu menjadi lebih kuat. Kajian di lakukan di tapak warisan Melaka yang mana tapak tarikan warisan telah menjadi suatu perdebatan di dalam arena akademik berkenaan dengan isu sejarah siapa yang perlu lebih menonjol di dalam paparan warisan. Keupayaan sesuatu tapak warisan di dalam menarik lebih banyak penyertaan sesuatu kaum untuk mempelajari budaya dan cara hidup kaum yang lain akan menimbulkan semangat saling cinta mencintai dan saling mengenali lantas menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Johari, Mohd Hasrul Yushairi
hasrul@bdrmelaka.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > World Heritage areas
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > World Heritage areas > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 177-190
Keywords: Perpaduan, budaya, multi-etnik, tapak warisan
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35663
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35663.pdf] Text
35663.pdf

Download (311kB)

ID Number

35663

Indexing

Statistic

Statistic details