Gaya bahasa dalam teater tradisional Mek Mulung / Mohamad Yazi Kerya...[et al.]

Kerya, Mohamad Yazi and Mohd Ishak, Fatahiyah and Wan Ismail, Wan Roslina (2015) Gaya bahasa dalam teater tradisional Mek Mulung / Mohamad Yazi Kerya...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Mek Mulung merupakan sebuah teater tradisonal Melayu Kedah yang mempunyai bentuk dan struktur persembahan yang hampir menyamai teater tradisional Mak Yong, Menora dan Jikey. Namun persembahannya agak berbeza kerana teater tradisional Melayu Kedah ini menggunakan dialek Kedah. Persembahannya menggabungkan elemen gerak lakon, tarian, muzik dan lagu. Teater warisan milik negeri Kedah ini dapat digolongkan sebagai sebuah persembahan dalam bentuk tradisi lisan dan merupakan sebuah warisan penting di utara Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya bahasa dialog dan lagu dalam teater Mek Mulung. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi kepentingan dalam usaha menjadikan kajian ini sebagai sebahagian daripada dokumen ilmiah untuk rujukan tambahan dan memperkayakan lagi koleksi penyelidikan yang bersesuaian dengan pengisytiharan Mek Mulung sebagai seni warisan milik negeri Kedah. Kajian terhadap teater ini dilakukan secara kerja lapangan dengan menonton sendiri persembahannya dan menemu bual pewaris-pewaris serta penggiat seni tersebut. Selain itu, kajian kepustakaan juga dilakukan untuk meneliti dan menganalisis gaya bahasa yang terdapat dalam skrip cerita “Putera Cahaya Bulan” yang telah diolah dan ditulis semula serta dipersembahkan dalam bentuk moden. Kajian ini terbatas kepada aspek gaya bahasa dalam dialog dan lagu yang dipersembahkan. Dapatan kajian menunjukkan gaya bahasa pengulangan, iaitu anafora dan epifora telah mendominasi dialog dan lagu sepanjang cerita tersebut. Gaya bahasa pengulangan dalam teater ini didapati berfungsi sebagai penguat atau untuk mengukuhkan penyampaian mesejnya. Gaya bahasa yang turut ditemukan ialah personifikasi, kiasan imejan, plaeonasme, sinkof dan paradoks. Selain itu, aspek diksi dengan penggunaan dialek Kedah didapati memberi kesan terhadap cara persembahannya. Manakala penggunaan bahasa Inggeris hanyalah sebagai penguat untuk menimbulkan unsur humor dan menarik perhatian penonton. Kepelbagai penggunaan gaya bahasanya termasuk peribahasa dalam teater ini dapat memberikan gambaran tentang estetika bahasa Melayu dialek Kedah dan sosiobudaya masyakarat Melayu Kedah pada zaman dahulu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kerya, Mohamad Yazi
myazi@ipda.edu.my
Mohd Ishak, Fatahiyah
fatahiyah@ipda.edu.my
Wan Ismail, Wan Roslina
wanlina@ipsah.edu.my
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 61-78
Keywords: Mek Mulung, gaya bahasa, peribahasa, Putera Cahaya Bulan
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35650
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35650.pdf] Text
35650.pdf

Download (377kB)

ID Number

35650

Indexing

Statistic

Statistic details