Faktor ekonomi dan brain drain di negara sedang membangun / Noor Shakira Lukman

Lukman, Noor Shakira (2014) Faktor ekonomi dan brain drain di negara sedang membangun / Noor Shakira Lukman. In: TeSSHI 2014, 5 & 6 Nov 2014, One Hotel Helang, Langkawi Kedah Malaysia.

Abstract

Penghijrahan tenaga mahir dari negara sedang membangun mencatatkan jumlah yang kian meningkat, dimana ia mencatatkan peningkatan sebanyak 75 juta tahun 1960 kepada 215.8 juta tahun 2010, ini disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu sama ada faktor penolak atau faktor penarik (World Bank, 2011). Migrasi brain drain telah menunjukkan corak yang dominan dalam migrasi antarabangsa dimana ia menjadi salah satu aspek yang penting dalam menerangkan mobiliti pekerja di peringkat globalisasi. Faktor ekonomi negara yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak, keadaan ekonomi tidak stabil telah mendorong tenaga mahir untuk berpindah ke negara yang menawarkan peluang yang lebih baik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat penentu-penentu iaitu faktor ekonomi di negara sedang membangun yang menyebabkan peningkatan brain drain. Faktor ekonomi yang digunakan adalah GDP, GDP kuasa dua, pengangguran dan inflasi, dimana sumber data diperolehi daripada World Development Indicator, World Bank. Hasil kajian menunjukkan bahawa GDP berhubungan negatif dengan brain drain manakala pengangguran dan juga inflasi berhubungan positif dengan brain drain. Kajian ini menggunakan panel data iaitu menggunakan 100 buah negara sedang membangun bagi tahun 1995 dan 2000. Kaedah kajian adalah menggunakan fixed effect, random effect, analisis korelasi dan ujian Hausman dengan menggunakan perisian EVIEWS 8.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Lukman, Noor Shakira
noorshakiralukman@yahoo.com
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Human capital
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Labor market. Labor supply. Labor demand, Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Economic development. Development economics. Economic growth
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: TeSSHI 2014
Event Dates: 5 & 6 Nov 2014
Page Range: pp. 624-633
Keywords: Brain drain, migrasi tenaga mahir, ekonomi
Date: November 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35532
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35532.pdf] Text
35532.pdf

Download (238kB)

ID Number

35532

Indexing

|

Statistic

Statistic details