Pembangunan reka bentuk permainan tradisional sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran prasekolah / Fadila Mohd Yusof and Mohd Rashidy Samsudin

Mohd Yusof, Fadila and Samsudin, Mohd Rashidy (2014) Pembangunan reka bentuk permainan tradisional sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran prasekolah / Fadila Mohd Yusof and Mohd Rashidy Samsudin. In: TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities, 5 & 6 Nov 2014, One Hotel Helang, Langkawi Kedah Malaysia.

Abstract

Reka bentuk melalui permainan tradisional merupakan satu program pembelajaran kanak-kanak melalui konsep bermain sambil belajar yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi, intelektual serta proses perkembangan fizikal kanak-kanak. Dalam kajian ini, permainan tradisional telah dipilih sebagai platform utama. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti elemen pembangunan kanak-kanak prasekolah dalam bermain sambil belajar menggunakan permainan tradisional yang direka bentuk. Kaedah penyelidikan reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Sampel akhir kajian melibatkan seramai 12 orang kanak-kanak berusia enam tahun. Hasil analisis ujian mendapati kanak-kanak ini berjaya merealisasikan penggunaan kaedah bermain sambil belajar dengan menggunakan reka bentuk permainan tradisional yang dihasilkan. Kanak-kanak mampu untuk meliputi kesemua aspek kognitif, afektif dan psikomotor dengan lebih baik. Guru prasekolah yang kreatif, inovatif dan aktif sangat membantu dalam menjayakan kajian serta permainan ini. Hasil dari kajian dan inovasi ini, ia menunjukkan bahawa permainan tradisional ini dengan reka bentuk yang baik dapat diketengahkan serta membantu guru prasekolah dalam teknik pembelajaran dan pengajaran agar lebih efektif dan berkesan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yusof, Fadila
fadila675@kedah.uitm.edu.my
Samsudin, Mohd Rashidy
rashidy@kedah.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities
Event Dates: 5 & 6 Nov 2014
Page Range: pp. 241-259
Keywords: Reka Bentuk, Permainan Tradisional, Prasekolah
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35458
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35458.pdf] Text
35458.pdf

Download (440kB)

ID Number

35458

Indexing

Statistic

Statistic details