Satu tinjauan ke atas langkah strategik kerajaan, swasta dan NGO dalam melaksanakan hukum boikot barangan Israel / Anas Mohd Yunus ... [et al.]

Mohd Yunus, Anas and Abd Wahid, Najihah and Che Omar, Mustafa (2014) Satu tinjauan ke atas langkah strategik kerajaan, swasta dan NGO dalam melaksanakan hukum boikot barangan Israel / Anas Mohd Yunus ... [et al.]. In: TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities, 5 & 6 Nov 2014, One Hotel Helang, Langkawi Kedah Malaysia.

Abstract

Kertas ini membincangkan langkah strategik yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia, pihak swasta dan NGO bagi melaksanakan hukum boikot ke atas barangan dan perkhidmatan Israel dan sekutunya untuk memberi tekanan ke atas pencerobohan dan pencabulan mereka ke atas wilayah dan hak-hak rakyat Palestin. Hukum pemboikotan ini telah dijelaskan oleh para ulama semasa. Namun pelaksanaannya menghadapi beberapa masalah seperti tindakbalas undang-undang daripada beberapa negara yang mempunyai akta anti boikot di samping kesan ekonomi yang bukan sahaja merugikan negara, bahkan juga boleh memberi kesan kepada rakyat Palestin. Maka, apakah langkah-langkah strategik yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tersebut bagi isu ini. Kertas ini akan menghuraikan hukum boikot tersebut ke atas kerajaan Malaysia, implikasinya kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Palestin serta langkah-langkah strategik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO. Ini penting untuk mengimplementasikan hukum boikot dalam suasana yang kondusif dan selamat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Ia juga menggunakan kaedah-kaedah fiqh dan prinsip siyasah syar’iyyah untuk mengetahui hukum dan langkah strategik yang boleh dilakukan berdasarkan kepada Syariah Islamiyyah. Hasil kajian mendapati kerajaan Malaysia dan pihak-pihak swasta serta NGO boleh melaksanakan hukum tersebut dalam beberapa kapasiti dan sebahagiannya telah dilakukan secara tidak langsung.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yunus, Anas
anas@unisza.edu.my
Abd Wahid, Najihah
anajihah@unisza.edu.my
Che Omar, Mustafa
mustafa@unisza.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Works in defense of Islam. Islamic apologetics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities
Event Dates: 5 & 6 Nov 2014
Page Range: pp. 96-122
Keywords: Langkah strategik, boikot, Israel, Palestin
Date: November 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35441
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35441.pdf] Text
35441.pdf

Download (327kB)

ID Number

35441

Indexing

Statistic

Statistic details