Persepsi guru dan pelajar - pelajar sekolah menengah di negeri Kedah terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM): satu tinjauan / Zaliha Hussin ... [et al.]

ID35030 Hussin, Zaliha and Ismail, Normala and Zainal, Noor Saliza and Shamsuddin, Kamal Bahrin (2005) Persepsi guru dan pelajar - pelajar sekolah menengah di negeri Kedah terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM): satu tinjauan / Zaliha Hussin ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak persepsi guru dan pelajar sekolah menengah terhadap kewujudan UiTM. Kajian ini turut meneliti asas - asas pemilihan UiTM sebagai universiti pilihan utama berdasarkan faktor dasar dan wawasan UiTM, sejarah dan penubuhan UiTM, nasihat keluarga dan guru, bantuan kewangan dan model graduan, program pengajian, imej, reputasi dan publisiti universiti. Sampel kajian terdiri daripada 2 I I orang guru dan 657 orang pelajar Tingkatan Em pat ( 4) dan Tingkatan Enam (6) Rendah pelbagai aliran daripada duabelas (12) buah sekolah menengah di Negeri Kedah meliputi SMK Baling, SMK Yan, SMK Kuala Ketil, SMK Pokok Sena, SMK Changloon, SMK Jitra, SMK Kubur Panjang, SMK Bedong, SMK Guar Chempedak, SMK Aman Jaya dan SMK Sik. Data dikutip dengan mengedarkan borang soal selidik setelah memperolehi kebenaran daripada Pengurusan UiTM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Data dianalisis dan diproses menggunakan kaedah 'Statistical Package for Social Sciences' (SPSS) versi 12.1. Kajian mendapati persepsi terhadap UiTM dipengaruhi oleh dasar dan wawasan, program pengajian yang ditawarkan serta sejarah dan penubuhan . universiti. Kajian turut mendapati bahawa asas - asas pemilihan UiTM sebagai universiti pilihan utama adalah model graduan yang dihasilkan, kemudahan kewangan yang tersedia, kepelbagaian program pengajian yang ditawarkan, imej, reputasi universiti, publisiti, aktiviti - aktiviti pelajar dan saranan pihak luar. Seterusnya kajian mendapati terdapat kalangan masyarakat yang menolak UiTM sebagai universiti pilihan utama. Terdapat dua faktor yang mendasari penolakan mereka iaitu akademik dan imej universiti.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Hussin, Zalihadrzaliha@kedah.uitm.edu.my
Ismail, Normalanmala391@uitm.edu.my
Zainal, Noor Salizasaliza351@uitm.edu.my
Shamsuddin, Kamal BahrinUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Item ID: 35030
Uncontrolled Keywords: SMK Baling; SMK Yan; SMK Kuala Ketil
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35030

Download

[img] Text
35030.pdf

Download (220kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Sg Petani, Kedah
  • ID Number

    35030

    Others


    View in Google Scholar

    Actions (login required)

    View Item View Item

    Downloads

    Downloads per month over past year