Kaedah transliterasi: Strategi pembelajaran bahasa dalam menguasai kemahiran menulis bahasa arab / Suzzana Othman, Ahmad Harith Syah Md Yusuf and Abdul Hadi Mohd Salleh

Othman, Suzzana and Md Yusuf, Ahmad Harith Syah and Mohd Salleh, Abdul Hadi (2012) Kaedah transliterasi: Strategi pembelajaran bahasa dalam menguasai kemahiran menulis bahasa arab / Suzzana Othman, Ahmad Harith Syah Md Yusuf and Abdul Hadi Mohd Salleh. [Research Reports] (Unpublished)

Download

[thumbnail of 34922.PDF] Text
34922.PDF

Download (925kB)

Abstract

Tinjauan awal penyelidik mendapati bahawa ramai pelajar yang mengikuti kursus bahasa
Arab di UiTM Melaka mengalami masalah dalam menguasai kemahiran menulis bahasa Arab.
Masalah masalah seperti tulisan tidak jelas, tidak cukup simbol dan hilangnya hubungan
antara kata dalam satu ayat adalah antara rungutan para pensyarah yang memeriksa kertas
jawapan untuk soalan soalan yang melibatkan kemahiran menulis. Penyelidik ingin
mengenalpasti adakah masalah ini mempunyai hubungkait dengan kaedah transliterasi yang
digunapakai dalam buku teks bahasa Arab dan implikasi kaedah ini terhadap tahap
penguasaan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis. Seramai 10 orang pensyarah
Bahasa Arab ditemubual untuk memberikan pendapat tentang keberkesanan serta implikasi
kaedah ini dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Seramai 10
orang pelajar telah dipilih untuk ditemubual dan seramai 200 orang pelajar yang mengambil
kursus bahasa Arab peringkat diploma daripada pelbagai program dijadikan responden untuk
menjawab soalan soal selidik. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan statistik
deskriptif serta diukur dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah transliterasi boleh dianggap sebagai pemudahcara kepada
pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Arab. Namun begitu, pelajar tidak boleh
bersandarkan semata-mata dengan bantuan teks transliterasi kerana ianya tidak mampu
membantu pelajar menguasai kemahiran menulis dengan sempurna. Oleh yang demikian
para pensyarah perlulah mengambil pendekatan yang lebih efektif seperti memberi pelbagai
latihan yang kreatif yang boleh menarik minat para pelajar seterusnya membantu pelajar
untuk menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Di penghujung kajian turut dibincangkan
beberapa cadangan penambahbaikan teknik pengajaran pensyarah untuk membantu pelajar
menguasai kemahiran menulis bahasa Arab.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email
Othman, Suzzana
suzzana139@uitm.edu.my
Md Yusuf, Ahmad Harith Syah
harith424@uitm.edu.my
Mohd Salleh, Abdul Hadi
hadi@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Item ID: 34922
Uncontrolled Keywords: Bahasa Arab, Kemahiran Menulis, Strategi Pembelajaran, Transliterasi
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34922

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Perpustakaan Al-Bukhari | Kampus Jengka, Pahang
  • ID Number

    34922

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item