Masjid-masjid traditional di Melaka. Pengaruh dan nilai senibinanya / Jalid Hussin

Hussin, Jalid (1985) Masjid-masjid traditional di Melaka. Pengaruh dan nilai senibinanya / Jalid Hussin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Negeri Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak
kesan-kesan sejarah yang menjadi warisan bagi rakyat negara
kita ini . Salah satu daripadanya ialah masjid-masjid
tradisionalnya yang mempunyai ciri-ciri senibina yang indah
dan unik. Masjid-masjid ini ada yang berusia lebih daripada
100 tahun dan merupakan satu lambang senibina Islam di
Nusantara.
Bila memperkatakan tentang masjid-masjid tradisional Melaka,
akan terbayang di dalam ruang pemikiran kita bentuk bumbungnya
yang curam dan bertingkat-tingkat tirus ke atas serta
menaranya.yang besar dan berunsur senibina cina. Masjid-masjid
ini mempunyai unsur senibina yang serupa dengan
masjid-masjid tradisional yang terdapat di Kelantan, perak
dan juga di indonesia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PP_JALID HUSSIN AP 85_5 1.pdf]
Text
PP_JALID HUSSIN AP 85_5 1.pdf
Download (88kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics