Bahasa merentas budaya: pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar Jepun / Mazlina Baharudin and Azlina Md. Sadik

Baharudin, Mazlina and Md. Sadik, Azlina (2019) Bahasa merentas budaya: pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar Jepun / Mazlina Baharudin and Azlina Md. Sadik. In: International Innovation in Teaching and Learning 2019 & Language Education Conference (i-InTeLEC 2019, 17-18 April 2019, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang.

Download

[thumbnail of 34212.pdf] Text
34212.pdf

Download (330kB)

Abstract

Konotasi budaya dalam membincangkan perkembangan bahasa amat kritikal kerana mempunyai fungsi tersendiri dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Bahasa mampu mengetengahkan sesuatu budaya kepada masyarakat global. Bahasa dikatakan terikat dengan budaya dan dizahirkan dengan cara yang agak kompleks. Bahasa berkembang dalam budaya yang kerap mempengaruhi tindakan sosial manusia. Sehubungan itu, dalam pengucapan lisan kewujudan unsur budaya kompleks masyarakat sasaran sering mempengaruhi konstruks bahasa. Kramsch (1998), menyatakan bahawa “bahasa menjelaskan kebenaran budaya” menegaskan lagi kewujudan sesuatu masyarakat, adat resam, sistem kepercayaan dan pengetahuan. Kertas kerja ini adalah satu usaha meneliti pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang disisipi budaya Melayu kepada penutur-penutur asing iaitu pelajar dari Nanzan University, Nagoya, Jepun sebagai responden yang mengikuti Program Bahasa dan Budaya Melayu di USM. Kertas kerja ini secara khususnya akan meneliti kurikulum khas yang dibangunkan untuk meningkatkan proses pembelajaran dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan mereka. Tempoh pengajian mereka selama sebulan. Isi kandungan kurikulum khas yang dibangunkan akan diteliti untuk menentukan tahap pemangkin terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dapatan awal menunjukkan keberkesanan aspek budaya dalam mengukuhkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tersebut didapati memberangsangkan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Baharudin, Mazlina
mazlina@usm.my
Md. Sadik, Azlina
msazlina@usm.my
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malaysian literature
P Language and Literature > PN Literature (General) > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: International Innovation in Teaching and Learning 2019 & Language Education Conference (i-InTeLEC 2019
Event Dates: 17-18 April 2019
Page Range: pp. 94-100
Item ID: 34212
Uncontrolled Keywords: budaya, bahasa, penutur asing, kurikulum khas.
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34212

ID Number

34212

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item