Ahmad, Azree and Mohammed Ghazali, Asmadi and Hassan, Rosli and Mansor, Kamarul Ariffin (2005) Perpustakaan masjid di negeri Kedah : satu tinjauan / Azree Ahmad ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract
Masjid dan perpustakaan sebenarnya merupakan gabungan harmonis dalam keilmuan masyarakat Islam kerana tidak mungkin sesuatu institusi ilmu itu dapat berkembang tanpa perpustakaan. Masjid seperti yang kita ketahui bukan sahaja merupakan tempat untuk beribadah, tetapi berfungsi juga untuk menjalankan pelbagai aktiviti penting seperti pendidikan di mana ilmu pengetahuan itu dikembangkan. Bangunan atau ruang perpustakaan masjid di Malaysia kebanyakannya dibina dalam lingkungan kawasan masjid dan jelas memperlihatkan kecenderungan menimba ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun kewujudan perpustakaan masjid ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. Oleh itu satu tinjauan ke atas perpustakaan masjid telah dilakukan. Responden penyelidikan ini meliputi 530 buah masjid di seluruh negeri Kedah Darul Aman. Penemuan penyelidikan mendapati koleksi perpustakaan masjid terdiri daripada bahan maklumat berkaitan dengan agama Islam. Pengurusan perpustakaan masjid pula adalah atas dasar sukarela dari kalangan ahli kariah. Kemudahan dan peralatan perpustakaan masjid adalah ditahap minima yang perlu ada di sesebuah perpustakaan.
Metadata
Item Type: | Research Reports | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Creators: |
|
||||||||||
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques as community centers Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Library Science. Information Science Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Libraries. Bibliography |
||||||||||
Divisions: | ?? sa_irdc ?? | ||||||||||
Item ID: | 3408 | ||||||||||
Uncontrolled Keywords: | Masjid, perpustakaan, pendidikan, aktiviti, ilmu | ||||||||||
URI: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3408 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |