Dasar “counterinsurgency” gurney asas penamatan darurat : satu tinjauan / Zulhilmi Paidi

Paidi, Zulhilmi (2010) Dasar “counterinsurgency” gurney asas penamatan darurat : satu tinjauan / Zulhilmi Paidi. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia.

Abstract

Darurat diisytiharkan secara rasmi bermula pada tahun 1948 oleh Sir Edward Gent dan telah diisytiharkan berakhir pada 1960 oleh Yang Di Pertuan Agong. Selama 12 tahun pemberontakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengakibatkan keadaan huru hara yang tidak terhingga di negara ini. Walau bagaimanapun pemberontakan PKM ini telah menemui kebuntuan dan pada akhirnya terpinggir dari arus
perkembangan negara. Kegagalan PKM ini memberi ruang dan jalan untuk penamatan Darurat di Malaya dan sekaligus menikmati kemerdekaan dari pentadbiran British. Kegagalan PKM sering dilihat sebagai isyarat kejayaan dasar pertahanan dan keselamatan yang dilancarkan oleh pihak British dan kemudiannya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah benar sememangnya secara menyeluruh British berjaya atau ia sebenarnya
merupakan kebijaksanaan peranan individu seperti Templer dan dasar pertahanannya. Ataupun jasa Sir Henry Gurney itu sendiri dan hakikat keberkesanan Rancangan Penempatan Semula di bawah Rancangan Briggs yang sebenarnya telah merobek kekuatan PKM. Malahan diakui semua pihak sebahagian besar punca kegagalan PKM ini adalah berpunca dari kegagalan organisasi itu sendiri. Bagaimana pula dengan pemimpin tempatan yang juga turut berperanan membawa perang terhadap PKM ini sebagai perang rakyat Malaya. Justeru itu kertas kerja ini akan cuba melontarkan idea berkenaan dasar counteinsurgency yang telah dijalankan sewaktu pentadbiran Gurney yang telah menjadi asas kepada penamatan Darurat di Tanah Melayu sekaligus kemudiannya membawa negara ke era baru kemerdekaan. Hasil perbincangan kertas kerja ini diharap dapat memberi idea baru tentang hakikat darurat serta pengajaran dan kefahaman yang diberikan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Paidi, Zulhilmi
zul1085@uum.edu.my
Subjects: J Political Science > JA Political science (General) > Political science
J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Nationalism. Nation state
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-16
Keywords: darurat; komunis Malaya; PKM
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34053
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 34053.pdf] Text
34053.pdf

Download (446kB)

ID Number

34053

Indexing

|

Statistic

Statistic details