Kesan Agihan Zakat (Bantuan Jayadiri) Terhadap Peningkatan Taraf Hidup Golongan Miskin Di Negeri Kedah / Raden Mohd Ngisomuddin Masduki...[et al.]

Mohd Ngisomuddin Masduki, Raden and Ismail, Kamis and Ismail, Mohd Shabri and Abd Hamid, Osman (2010) Kesan Agihan Zakat (Bantuan Jayadiri) Terhadap Peningkatan Taraf Hidup Golongan Miskin Di Negeri Kedah / Raden Mohd Ngisomuddin Masduki...[et al.]. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia.

Abstract

Berdasarkan data dari tahun 2000 hingga 2003, Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan sejumla lebih daripada RM27 juta kepada semua asnaf (golongan yang berhak menerima zakat) yang memenuhi syarat. Agihan kepada golongan miskin berjumlah RM16.4 juta (60.3%) daripada agihan keseluruhan. Di bawah asnaf miskin, Jabatan Zakat Negeri Kedah membahagikannya kepada lima kategori bantuan iaitu kepada orang miskin, pelajar miskin, penuntut IPT, Bantuan Jayadiri dan pengkebumian orang miskin. Daripada lima kategori ini hanya Bantuan Jayadiri sahaja yang dipilih untuk dibuat kajian. Agihan kepada golongan ini berjumlah RM59,101.00 dalam tempoh tersebut. Kajian mengenai agihan zakat dalam bentuk Bantuan Jayadiri, setakat ini belum lagi dilakukan di Negeri Kedah. Sejumlah 36 orang penerima zakat bantuan jayadiri untuk tempoh tersebut menjadi responden kajian ini. Jenis-jenis bantuan yang diberikan berupa mesin jahit, mesin rumput, modal perniagaan, oven pembakar kuih, mesin proses santan dan perahu. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana agihan zakat dalam bentuk Bantuan Jayadiri dapat menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup golongan miskin. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar penerima berjaya merubah diri dan keluarga keluar dari garis kemiskinan. Cadangan kepada pihak Jabatan Zakat Negeri Kedah agar dapat memperluaskan lagi bantuan jayadiri kepada lebih ramai penerima dengan cara yang lebih efisyen dan sistematik.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ngisomuddin Masduki, Raden
UNSPECIFIED
Ismail, Kamis
UNSPECIFIED
Ismail, Mohd Shabri
UNSPECIFIED
Abd Hamid, Osman
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-9
Keywords: Agihan Zakat, Bantuan Jayadiri, Jabatan Zakat Negeri Kedah dan Zakat
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33501
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33501.pdf] Text
33501.pdf

Download (300kB)

ID Number

33501

Indexing

|

Statistic

Statistic details