Kebimbangan dan kemerosotan prestasi di kalangan atlet lelaki di peringkat universiti / Ani Mazlina Dewi Mohamed...[et al.]

Mohamed, Ani Mazlina Dewi and Zairazi, Ruzli (2007) Kebimbangan dan kemerosotan prestasi di kalangan atlet lelaki di peringkat universiti / Ani Mazlina Dewi Mohamed...[et al.]. Asian Journal of University Education (AJUE), 3 (2). pp. 37-56. ISSN 1823-7797

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut
perkaitan antara kebimbangan dan prestasi sepertimana yang telah dijelaskan dalam Teori Kebimbangan ‘Multidimensional’. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempengaruhi prestasi atlet-atlet lelaki universiti. Adalah dijangka bahawa
kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempunyai
hubungan dengan prestasi. Seramai 125 atlet lelaki daripada salah
sebuah universiti yang terlibat dalam kejohanan sukan antara
Universiti Swasta yang berumur antara 18-45 tahun terlibat dalam
kajian ini. Data-data daripada responden dikutip menggunakan
alat ukur ‘Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) yang
diperkenalkan oleh Martens, Vealey, Bump dan Smith’s (1990).
Responden dikehendaki melengkapkan borang soal selidik 30 minit
sebelum pertandingan bermula. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa kebimbangan kognitif mempunyai pengaruh yang
signifikan ke atas prestasi. Manakala kebimbangan somatik tidak
mempengaruhi prestasi. Melalui Ujian ANOVA, didapati bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan
kognitif dan kebimbangan somatik di kalangan pasukan-pasukan
universiti yang mengambil bahagian dalam sukan Majlis Sukan
Universiti Swasta Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Ani Mazlina Dewi
UNSPECIFIED
Zairazi, Ruzli
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Education
Journal or Publication Title: Asian Journal of University Education (AJUE)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Asian Journal of University Education (AJUE)
ISSN: 1823-7797
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 37-56
Keywords: sports' performance, male athletes, private universities
Date: December 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/332
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_ANI MAZLINA DEWI MOHAMED AJUE 07.pdf] Text
AJ_ANI MAZLINA DEWI MOHAMED AJUE 07.pdf

Download (312kB)

ID Number

332

Indexing