Sejarah perkembangan Bandar Tapah dan senibina peninggalan penjajah hingga kini / Jafri Merican bin Din Merican

Jafri Merican, Din Merican (1988) Sejarah perkembangan Bandar Tapah dan senibina peninggalan penjajah hingga kini / Jafri Merican bin Din Merican. [Student Project] (Unpublished)

Download

[thumbnail of PP_JAFRI MERICAN DIN MERICAN_88 5 1.pdf] Text
PP_JAFRI MERICAN DIN MERICAN_88 5 1.pdf

Download (84kB)

Abstract

Tapah ialah sebuah bandar di selatan Negeri Perak
yang terkenal ke seluruh negara terutama sekali kepada
pelancung-pelaneung dari luar dan dalam negeri yang
berkunjung ke Cameron Highlands. Ini kerana kedudukannya di
kaki bukit di Banjaran Titiwangsa menjadikannya persimpangan
jalan untuk ke kawasan peranginan tersebut dari lebuhraya
utara-selatan.
Selain daripada menjadi ibu~daerah jajahan Batang
Padang, Tapah ialah bandar yang terkanan sekali di daerah
ini di mana ketua-ketua jabatan beribu pejabat. Sejak tahun
1889 lagi Tapah telah mula dibina sebagai ibu daerah jajahan
Batang Padang oleh Kerajaan British. Tapah telah terpilih
daripada kampung-kampung lain kerana kedudukannya yang
teristimewa. Ia bukan sahaja terletak di tebing sungai
terbesar daerah ini iaitu Sungai Batang Padang, malah Tapah
juga berada di tengah-tengah kawasan perlombongan bijih
timah yang terdapat- di mukim Batang Padang, Chenderiang dan
Bidor. Tambahan pula pada masa itu penduduknya seramai
1,800 orang menjadikannya tempat yang teramai sekali
penduduk di jajahan ini.

Oleh yang demikian, j ika diperhatikan dari segi
senibina bandar Tapah maka banyaklah terdapat bangunanbangunan
koionial peninggalan penjajah. Ini selaras dengan
perkembangannya di bawah pemerintahan British yang mana
Jabatan Kerja Raya pada masa itu telah membina bangunanbangunan
kerajaan seperti pejabat daerah, bangunan mahkamah,
pejabat pos, balai polis, balai bomba, sekolah dan rumah
sakit. Selain itu rumah-rumah kedai telah dibina
menggunakan batu-bata dan mempunyai kaki lima berteduh atau
"verandah way" dengan usaha peniaga-peniaga yang bertumpu ke
sini.
Kajian ini akan meneliti sejarah perkembangan
bandar Tapah dan memberi penekanan daiam aspek senibina
peninggalan penjajah.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email
Jafri Merican, Din Merican
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings > Malaysia
T Technology > TH Building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 329
Uncontrolled Keywords: Tapah, Kolonial, Senibina, Penjajah, Inggeris
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/329

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    329

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item