Saiful Akram, Che Cob and Sharulnizam, Ramli (2017) Pengaruh kreativiti pada representasi visual propaganda berbahasa melayu sewaktu pendudukan Jepun di Malaysia / Saiful Akram Che Cob & Sharulnizam Ramli. IDEALOGY, 2 (1). pp. 36-51. ISSN 2550-214X
Abstract
Pengaruh kreativiti sering dilihat daripada aspek proses, produk, individu dan persekitaran. Manusia dan kehidupan sekeliling sangat berkait rapat dalam menjana pembentukan kreativiti mini (Little-C) dan kreativiti unggul (Big-C). Penghasilan visual propaganda turut memerlukan kombinasi kognitif, estetika dan kreativiti. Era penaklukan Jepun ke atas Malaya pada tahun 1942-45 telah memperlihatkan kewujudan visual-visual propaganda dalam bahasa Melayu yang dicetuskan oleh pelukis-pelukis ilustrasi samada dimuatkan ke dalam majalah, foto, buku dan poster maupun akhbar. Visual atau imej dalam ilustrasi lazimnya memaparkan penggunaan simbol, tanda dan gambar serta taipografi dalam menyampaikan maklumat. Penulisan ini bertujuan mengupas pengaruh kreativiti ke atas penghasilan visual propaganda menerusi bahasa Melayu yang diterima oleh masyarakat di Malaya ketika era penaklukan Jepun. Contoh-contoh ilustrasi kreatif telah ditunjukkan bagi menyokong kenyataan bahawa pengaruh kreativiti tidak boleh dinafikan telah membantu pelukis-pelukis ilustrasi bagi menyampaikan mesej dan maklumat menggunakan bahasa Melayu dalam konteks propaganda demi menyokong pemerintahan Dai-Nippon di Malaya.
Metadata
Item Type: | Article | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Creators: |
|
||||||
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Technique, composition, etc. N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Technique, composition, etc. > General special. Including optical illusion and visual perception |
||||||
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus | ||||||
Journal or Publication Title: | IDEALOGY | ||||||
Journal: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) | ||||||
ISSN: | 2550-214X | ||||||
Volume: | 2 | ||||||
Number: | 1 | ||||||
Page Range: | pp. 36-51 | ||||||
Official URL: | http://idealogyjournal.com/ | ||||||
Item ID: | 32554 | ||||||
Uncontrolled Keywords: | kreativiti, ilustrasi dan visual propaganda berbahasa Melayu | ||||||
URI: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32554 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |