Kajian pengurusan sisa pepejal dan komposisi bahan kitar semula di seluruh Negeri Perlis / Masyitah Md Nujid, Nurjuhanah Juhari and Juliana Martin

Md Nujid, Masyitah and Juhari, Nurjuhanah and Martin, Juliana (2010) Kajian pengurusan sisa pepejal dan komposisi bahan kitar semula di seluruh Negeri Perlis / Masyitah Md Nujid, Nurjuhanah Juhari and Juliana Martin. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Sampah yang dihasilkan di negeri Perlis dianggarkan mencecah 200 tan/hari
iaitu 200,000kg/hari (Hisham, MPK, 2008). Hal ini memerlukan keluasan tanah yang
besar untuk tujuan pelupusan. Mengubah aliran sisa dengan mengeluarkan bahan kitar
semula darinya bukan sahaja memperbaiki sistem pengurusan sisa pepejalnya sahaja
bahkan membantu kearah pemeliharaan alam sekitar di Negeri Perlis khususnya.
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula
yang menyumbang kepada penyelesaian permasalahan tapak pelupusan dan
pemeliharaan alam sekitar serta cadangan bagi mengatasi permasalahan yang berlaku
di negeri Perlis terutamanya. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menganggar
komposisi bahan kitar semula dari sisa pepejal yang dijana di Negeri Perlis,
menganggar jumlah pengurusan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan
sekiranya kitar semula diamalkan di Negeri Perlis, mengenalpasti fasiliti kitar semula
yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kangar serta menyenaraikan faktor yang
boleh meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula di Negeri Perlis. Kaedah yang
digunakan adalah melalui edaran 1000 borang soal selidik dan audit sisa di mana
komposisi sampah yang dibuang di asingkan mengikut kategori bagi tiga kawasan
kajian iaitu Arau, Kangar dan Kuala Perlis. Hasil daripada kajian didapati tahap
pengurusan sampah dan kesedaran penduduk negeri Perlis berada di tahap sederhana
manakala Kuala Perlis merupakan daerah yang paling banyak menyumbang kepada
jumlah komposisi bahan kitar semula yang tertinggi.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Nujid, Masyitah
UNSPECIFIED
Juhari, Nurjuhanah
UNSPECIFIED
Martin, Juliana
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis
Keywords: Sampah, Sisa pepejal, Kitar semula, Perlis
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3226
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_MASYITAH MD NUJID 10_5 1.pdf] Text
LP_MASYITAH MD NUJID 10_5 1.pdf

Download (41kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

3226

Indexing

|

Statistic

Statistic details