Kajian penjanaan sisa pepejal dan tahap kesedaran penduduk terhadap kitar semula di seluruh negeri Perlis / Masyitah Md Nujid, Nurjuhanah Juhari and Juliana Martin

Md Nujid, Masyitah and Juhari, Nurjuhanah and Martin, Juliana (2011) Kajian penjanaan sisa pepejal dan tahap kesedaran penduduk terhadap kitar semula di seluruh negeri Perlis / Masyitah Md Nujid, Nurjuhanah Juhari and Juliana Martin. Jurnal Intelek, 6 (1). pp. 123-131. ISSN 2231-7716

Abstract

Sisa pepejal terdiri daripada sisa domestik, komersial dan perindustrian. Sisa pepejal yang telah dijana di negeri Perlis dianggarkan mencecah 200 tan/hari. Hal ini memerlukan keluasan tanah yang besar untuk tujuan pelupusan. Program kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula dan menjadi penyelesaian kepada permasalahan tapak pelupusan dan pemeliharaan alam sekitar. Objektif kajian ini adalah untuk menganggar komposisi sisa pepejal, menentukan tahap kesedaran penduduk terhadap kitar semula, mengenalpasti fasiliti kitar semula yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kangar serta menyenaraikan faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula di Negeri Perlis. Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu persampelan sisa pepejal sebanyak 50kg yang dibuang dan diasingkan mengikut kategori dan melalui edaran 1000 borang soal selidik di tiga kawasan kajian iaitu Arau, Kangar dan Kuala Perlis. Hasil kajian mendapati daripada jumlah sampah bagi ketiga – tiga daerah yang dikutip, sisa organik merupakan bahan tertinggi yang dijanakan di negeri Perlis manakala bahan terendah adalah tin aluminium. Tahap kesedaran penduduk di negeri Perlis berkaitan amalan kitar semula berada di tahap sederhana. Ini kerana fasiliti sediaada seperti tong kitar semula dan pusat kitar semula tidak disediakan dengan banyaknya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Antara faktor utama halangan kepada aktiviti ini adalah pusat kitar semula terlalu jauh dari kawasan perumahan dan langkah yang boleh dicadangkan bagi meningkatkan aktiviti kitar semula di kalangan penduduk ialah dengan menyediakan lebih banyak kemudahan kitar semula di kawasan perumahan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Nujid, Masyitah
masyitahmn@perlis.uitm.edu.my
Juhari, Nurjuhanah
UNSPECIFIED
Martin, Juliana
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Municipal refuse. Solid wastes
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 2231-7716
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 123-131
Keywords: penjanaan sisa pepejal, kesedaran kitar semula, Negeri Perlis
Date: June 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32194
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 32194.pdf] Text
32194.pdf

Download (986kB)

ID Number

32194

Indexing

Statistic

Statistic details