Keberkesanan perkhidmatan meja rujukan di perpustakaan / Abdul Ismail Mohd Jawi

Mohd Jawi, Abdul Ismail (2006) Keberkesanan perkhidmatan meja rujukan di perpustakaan / Abdul Ismail Mohd Jawi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Perkhidmatan meja rujukan telah bertapak bertahun lamanya dalam memenuhi keperluan memberikan bantuan serta informasi dikalangan sebilangan kecil mahupun besar individu tertentu.. Perkhidmatan ini telah berubah dan berevolusi daripada segi konvensional sehinggalah kepada pengurusan meja rujukan secara "on-line" dalam membantu serta memanfaatkan pengguna dalam pelbagai permasalahan seperti proses pencarian maklumat serta pencarian bahan-bahan.. Perkhidmatan meja rujukan juga boleh di definisikan sebagai satu pusat perkhidmatan di dalam perpustakaan yang menyediakan atau membekalkan jawapan terhadap soalan-soalan yang bercirikan informasi serta arahan berkaitan dengan cara-cara menggunakan sumber-sumber di perpustakaan. Meja rujukan biasanya dikendalikan oleh pustakawan profesional yang terlatih, berpengetahuan serta berkemahiran dalam selok belok perpustakan serta asas-asas kepustakawanan. Apabila seseorang individu mempunyai pertanyaan berkenaan dengan bagaimana untuk mencari maklumat tertentu atau cara-cara untuk menggunakan sebarang perkhidmatan di dalam perpustakaan, mereka bolehlah mendapatkan bantuan atau tunjuk ajar dari pustakawan rujukan yang ditempatkan di meja rujukan. Fungsi dan peranan meja rujukan adalah tidak lebih dari sebagai pusat krisis yang menangani permasalahan yang dihadapi oleh pengguna di perpustakaan, sebagai penyiasatan dan sumber ramalan serta sebagai unit maklumat dan komunikasi. Perkhidmatan meja rujukan juga telah menjangkau tahap yang kritikal dalam proses evolusinya, di mana dengan penggunaan dan pertumbuhan sistem teknologi maklumat yang kian pesat, peningkatan dari segi permintaan dan harapan daripada pengguna perpustakaan, telah mendorong kepada perubahan yang lebih menjurus ke arah mengendalikan pengguna berbanding dengan mengendalikan teknologi.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Jawi, Abdul Ismail
2004340708
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Information storage and retrieval systems
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library information networks
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Research. Information retrieval. Information behavior. Information literacy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Programme: Bachelor in Information Management
Keywords: meja rujukan, pustakawan, pencarian maklumat, perpustakaan
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32193
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_ABDUL ISMAIL IM 06_5.pdf] Text
PPb_ABDUL ISMAIL IM 06_5.pdf

Download (125kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad, PTAR Puncak Perdana

ID Number

32193

Indexing

|

Statistic

Statistic details