Penerokaan jenis cetakan mono di malaysia: satu analisis / Mazlan A. Karim and A. Rahman Mohamad

A. Karim, Mazlan and Mohamad, A. Rahman (2011) Penerokaan jenis cetakan mono di malaysia: satu analisis / Mazlan A. Karim and A. Rahman Mohamad. Jurnal Intelek, 6 (1). pp. 22-33. ISSN 2231-7716

Download

[thumbnail of 32062.pdf] Text
32062.pdf - Published Version

Download (1MB)

Abstract

Perbincangan berkaitan penghasilan karya seni cetak khususnya di Malaysia jarang mendapat perhatian untuk dibincangkan secara mendalam dalam konteks sejarah perkembangan seni cetak itu sendiri. Penulisan ini merupakan cetusan dan rentetan daripada pengamatan penulis terhadap karya-karya cetakan mono yang dipamerkan menerusi Pameran Seni Cetak: Ekxpression of Idea and Creativity yang diadakan di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya pada 23 Februari hingga 22 Mac 2010. Pameran tersebut memberikan fokus kepada cetakan tradisional seperti monoprin, cetakan kayu, sutera saring dan etching. Berlaku permasalahan ‘misconcept’ yang merujuk aspek teknikal membezakan antara dua jenis cetakan mono itu, seolah-olah kurang difahami oleh sebilangan pengkarya. Objektif penulisan ini ialah untuk memperinci dan membincangkan secara ilmiah bersandarkan sejarah perkembangan penerokaan pelukis terhadap aspek teknikal. Beberapa pelukis seni cetak kontemporari tanahair telah dipilih sebagai rujukan seperti Ponirin Amin, Juhari Said dan Rosiah Md. Noor. Mereka antara pelukis seni cetak selain daripada pelukis awal dalam sejarah perkembangan seni lukis Malaysia yang turut menerokai jenis cetakan mono ini seperti Lee Jor For, Seah Kim Joo dan TK Karan. Metodologi yang digunakan adalah gabungan antara kaedah pustaka dan kerja lapangan. Data sekunder diperolehi menerusi data bertulis dan gambar daripada pelbagai sumber bercetak seperti buku, majalah, katalog pameran dan juga sumber internet. Data-data kerja lapangan diperolehi menerusi kajian kes iaitu pemerhatian dan temu bual secara ‘in-depth’. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi reka bentuk, teknik dan hasil cetak atau impression antara monotaip dan monoprin. Berlaku juga penerokaan terhadap bentuk karya cetakan mono yang lazimnya bersifat dua dimensi iaitu transisi dua dimensi kepada tiga dimensi menerusi aplikasi beberapa kaedah seperti casting dan paper pulp.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email
A. Karim, Mazlan
mazlankarim72@yahoo.com
Mohamad, A. Rahman
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NE Print media
N Fine Arts > NE Print media > Printmaking and engraving
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 2231-7716
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 22-33
Official URL: https://jurnalintelek.uitm.edu.my/index.php/main
Item ID: 32062
Uncontrolled Keywords: Cetakan Mono, Hasil Cetak dan Penerokaan
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32062

ID Number

32062

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item