Pengaruh orientasi keagamaan intrinsik dan ektrinsik terhadap kecenderungan keusahawanan / Kamsol Mohd Kassim ... [et al.]

Mohd Kassim, Kamsol and Khalid, Shaiful Annuar and Abd Ghani, Basri and Sintha Madar, Abdul Rashid (2010) Pengaruh orientasi keagamaan intrinsik dan ektrinsik terhadap kecenderungan keusahawanan / Kamsol Mohd Kassim ... [et al.]. Jurnal Intelek, 5 (2). ISSN 2231-7716

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji hipotesis bahawa orientasi keagamaan intrinsik dan ektrinsik mempunyai pengaruh yang positif terhadap kecenderungan keusahawanan. Di samping itu juga, kajian ini cuba untuk menerangkan kecenderungan keusahawanan berdasarkan faktor-faktor demografi seperti jantina, pengalaman perniagaan dan latarbelakang keluarga. Kajian ini menjangkakan bahawa kecenderungan untuk menjadi seorang usahawan di masa hadapan akan dipengaruhi oleh orientasi keagamaan seseorang individu. Dengan kata lain, semakin tinggi orientasi keagamaan maka semakin tinggi kecenderungan untuk melibatkan diri dengan bidang keusahawanan. Ini adalah selaras dengan prinsip keusahawanan Islam berasaskan penghayatan Islam yang menyeluruh (syumul). Individu yang sempurna kefahaman Islam akan meletakkan keusahawanan sebagai aktiviti yang selaras dengan tuntutan budaya hidup muslim. Agama mampu mengangkat keupayaan usahawan muslim dalam pertumbuhan ekonomi yang baik. Memadamkan tanggapan negatif terhadap agama yang besar peranannya dalam bidang keusahawan selama ini. Agama sebenarnya merangsangkan penerokaan dan pengolahan terhadap sumber-sumber yang banyak dikurniakan Ilahi secara gigih dan kreatif yang terpikul oleh manusia yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Kejayaan dalam bidang keusahawanan menjadi penyumbang utama pendapatan atau rezeki umat Islam selaras dengan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “90% rezeki adalah dalam dunia keusahawanan.” Sampel kajian berjumlah 70 pelajar Islam semester akhir yang menghadiri program keusahawanan jangka pendek yang diadakan semasa cuti semester Mei 2009 di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Data dikumpul dengan menggunakan soalselidik yang mengandungi ukuran-ukuran sedia ada dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Konstruk yang di ukur ialah orientasi keagamaan dan kecenderungan keusahawanan. Kertas kerja ini turut membincangkan hasil kajian secara terperinci dan memberikan cadangan dan saranan untuk menyemarakkan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar berugama

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Kassim, Kamsol
UNSPECIFIED
Khalid, Shaiful Annuar
UNSPECIFIED
Abd Ghani, Basri
UNSPECIFIED
Sintha Madar, Abdul Rashid
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Relation to philosophy, religion, ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 2231-7716
Volume: 5
Number: 2
Keywords: Orientasi Keagamaan, Kecenderungan Keusahawanan, Program Keusahawanan
Date: December 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32045
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 32045.pdf] Text
32045.pdf - Published Version

Download (243kB)

ID Number

32045

Indexing

Statistic

Statistic details