Pecah sempadan dan pecah bahagian tanah dalam usaha pembangunan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 / Rusnadewi Abdul Rashid and Nor Hisyam Ahmad

Abdul Rashid, Rusnadewi and Ahmad, Nor Hisyam (2010) Pecah sempadan dan pecah bahagian tanah dalam usaha pembangunan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 / Rusnadewi Abdul Rashid and Nor Hisyam Ahmad. Jurnal Intelek, 5 (2). ISSN 2231-7716
Abstract

Dalam usaha untuk memajukan tanah terutamanya bagi tanah jenis pertanian, kerajaan telah membuat inisiatif untuk meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965(KTN) bagi membenarkan serta memudahkan proses pecah bahagian tanah bagi memudahkan pembangunan yang ingin dijalankan.Umpamanya, seksyen 140(3) telah dipinda bagi membenarkan tuanpunya bersama bagi tanah jenis pertanian yang melibatkan keluasan 2/5 hektar atau kurang daripadanya dipecah bahagi. Seksyen 141A pula telah memperuntukkan bahawa tuanpunya syer minoriti tidak perlu mendapat keizinan daripada tuanpunya-tuanpunya bersama tanah yang lain bagi membuat permohonan pecah bahagian walaupun peruntukan sebelum ini mengkehendaki berbuat demikian. Pindaan-pindaan yang dibuat sebelumnya perlu diguna pakai oleh tuanpunya-tuanpunya bersama tanah yang lain bagi memanfaatkan tanah-tanah mereka bagi pembangunan negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 32040.pdf]
Text
32040.pdf - Published Version
Download (93kB)
Indexing & Metrics