Projek penulisan skrip Kumang Tandangsari (2016): adaptasi ruang dari teks A Tale Of Two Cities (1994) ke skrip filem cereka /cNur Afifah Wagiman

Wagiman, Nur Afifah (2017) Projek penulisan skrip Kumang Tandangsari (2016): adaptasi ruang dari teks A Tale Of Two Cities (1994) ke skrip filem cereka /cNur Afifah Wagiman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek penyelidikan skrip filem cereka Kumang Tandangsari (2016) ini bertujuan untuk memberikan tumpuan terhadap salah satu daripada struktur penulisan skrip yang melibatkan penulisan berdasarkan latar tempat. Namun demikian, hujahan utama di dalam projek penyelidikan ini adalah mengenai konsep penggunaan ruang di dalam penulisan skrip yang melibatkan sebuah penciptaan ruangan baru ke dalam ruangan yang telah sedia ada di tulis ketika zaman revolusi yang sedang melanda Perancis iaitu pada kurun ke-18, kepada ruang ketika berlakunya pendudukan Rajah Putih di Pulau Borneo Sarawak pada kurun ke-19. Projek penyelidikan skrip filem cereka Kumang Tandangsari (2016) ini juga secara keseluruhannya menggunakan kaedah adaptasi berasaskan penulisan skrip genre filem sejarah daripada naratif teks novel sastera tulisan Charles Dickens iaitu A Tale of Two Cities (1994) yang mengambil latar tempat di kota Perancis. Projek penyelidikan ini juga telah meletakkan penggunaan konsep ruang di dalam penulisan skrip filem cereka Kumang
Tandangsari (2016) kepada sebuah struktur penulisan skrip yang dominan iaitu dengan cara meletakkan konsep ruang dalam penulisan skrip setanding dengan struktur penulisan skrip yang sedia ada seperti, penulisan plot dan juga kewujudan watak dan perwatakan. Secara konklusinya, projek penyelidikan ini telah melahirkan sebuah dimensi baharu di dalam karya adaptasi novel kepada lakon layar. Terutama sekali penggunaan konsep penulisan skrip, yang
melibatkan ruang, yakni, konsep tersebut hanyalah sering kali dikaitkan dengan proses penggambaran filem.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wagiman, Nur Afifah
2014552825
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Authorship. Authors
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Penulisan Artistik (FF 224)
Keywords: Adaptasi , Ruang, Filem Sejarah, Penulisan Skrip.
Date: July 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31862
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NUR AFIFAH WAGIMAN FF B 17 5.pdf] Text
PPb_NUR AFIFAH WAGIMAN FF B 17 5.pdf

Download (328kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31862

Indexing

Statistic

Statistic details