VCO-Trigonatural Cream / Nur Madiha Mohd Ramzi ...[et al.]

Mohd Ramzi, Nur Madiha and Ramli, Masnira and Wan Nordin, Wan Nurul Husna and Othman, Suziana Aida and Mohd Ramzi, Nur Syahirah (2020) VCO-Trigonatural Cream / Nur Madiha Mohd Ramzi ...[et al.]. In: 2nd Kelantan International Learning and Innovation Exhibition 2019 (KILIEx 2019), 19th - 20th August 2019, UiTM Kelantan Kampus Machang.

Abstract

Minyak Kelapa Dara atau VCO (Virgin Coconut Oil) merupakan minyak yang dihasilkan daripada santan muda. VCO digunakan secara tradisional dan moden dalam dunia kecantikan. VCO-Trigonatural Cream adalah inovasi produk alami yang unik dihasilkan daripada campuran bahan utama iaitu madu kelulut asli dan VCO. Menurut kajian saintifik, VCO mempunyai kelebihan iaitu sifat antivirus, antibakteria serta baik untuk kesihatan tubuh badan. VCO mengandungi pelbagai vitamin terutamanya vitamin E yang baik untuk kulit. Kajian juga telah membuktikan madu kelulut asli memilik ciri-ciri penyembuhan luka. Ia merangsang pertumbuhan tisu dan mengurangkan pembentukan parut, serta kaya dengan antioksidan yang boleh melindungi kerosakan sel kulit disebabkan oleh radikal bebas yang menyumbang kepada proses penuaan. Dengan manfaat dari sumber asli ini, inovasi terhadap bahan-bahan ini diterjemahkan melalui produk VCOTrigonatural Cream. Produk ini dihasilkan dengan tujuan utama untuk berkongsi penggunaan bahan semulajadi yang dulunya diguna secara tradisional dalam mengatasi masalah kulit,
namun kini boleh didapati dalam produk yang ringkas, yang
telah dimodenkan melalui inovasi penyediaannya. COTrigonatural Cream dihasilkan dengan bahan-bahan campuran tradisional yang lain seperti ‘propolis’ dan ‘bee bread’. VCOTrigonatural Cream merupakan produk kosmetik yang selamat kerana bahan-bahan yang digunakan bahan alam semulajadi.Kelebihan VCO-Trigonatural Cream ini adalah untuk merawat serta memberi kesegaran pada kulit pengguna yang mempunyai masalah tidak kira lapis usia. Produk ini juga dapat membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadi lebih sihat. Di samping itu, VCO-Trigonatural Cream ini dapat membantu mengurangkan masalah kedutan kulit dan melambatkan proses penuaan. Ianya sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur dan juga jantina.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ramzi, Nur Madiha
dieyha.ramzi@gmail.com
Ramli, Masnira
masnira@uitm.edu.my
Wan Nordin, Wan Nurul Husna
husna78@uitm.edu.my
Othman, Suziana Aida
suziana554@uitm.edu.my
Mohd Ramzi, Nur Syahirah
syahirahramzi@gmail.com
Subjects: Q Science > QD Chemistry > Organic chemistry
Q Science > QK Botany > Medical botany (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Event Title: 2nd Kelantan International Learning and Innovation Exhibition 2019 (KILIEx 2019)
Event Dates: 19th - 20th August 2019
Page Range: pp. 64-66
Keywords: Minyak Kelapa Dara(VCO), Madu Kelulut, VCO-Trigonatural Cream
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31556
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 31556.pdf] Text
31556.pdf

Download (567kB)

ID Number

31556

Indexing

Statistic

Statistic details