Abstract
Reka bentuk watak adalah lebih dikenali sebagai pendirian atau proses untuk menyampaikan maklumat mengenai watak-watak bersifat fiksyen di dalam novel grafik, filem dan animasi melalui anasir visual. Ia adalah suatu proses yang amat penting untuk menghubungkan jalan cerita dengan penonton dan reka bentuk watak yang lemah kerap kali gagal untuk berbuat demikian. Hal ini khususnya perlu diutamakan dalam mereka bentuk jenis watak-watak tertentu, contohnya golongan kumpulan umur yang berbeza seperti kanak-kanak dan orang tua kerana mereka mempunyai ciri-ciri khas yang hanya sesuai diterapkan untuk diri mereka sahaja. Misalannya, watak kanak-kanak cenderung untuk mempunyai rupa yang suci dan terserlah kemudaan manakala watak orang tua melahirkan sifat-sifat yang matang dan tegas. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah demi menggali pengertian yang lebih mendalam tentang kesenian proses mereka bentuk watak fiksyen dengan melihat dari penggunaan aspek visual yang berkesan. Terutamanya dari segi bentuk fizikal, ciri-ciri wajah, dan juga warna bagi menggambarkan identiti dan personaliti watakwatak tertentu seperti kanak-kanak dan warga tua secara jelas. Subjek reka bentuk dalam watak kanak-kanak dan orang tua di dalam animasi 2D akan diselidik dengan meneliti kajian-kajian lampau, artikel dan bahan-bahan yang berkaitan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sallehin, Nur Lydiana 2014758077 |
Subjects: | T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures > Animation (Cinematography) T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures > Animation (Cinematography) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Pengurusan Industri Kreatif (FF226) |
Keywords: | Karakter, rekaan, visual, kanak-kanak, warga emas, bentuk, wajah, ciri-ciri, dan warna. |
Date: | March 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31310 |
Download
![[thumbnail of PPb_NUR LYDIANA SALLEHIN FF B 17_5.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
PPb_NUR LYDIANA SALLEHIN FF B 17_5.pdf
Download (222kB)
Digital Copy

Physical Copy
ID Number
31310
Indexing

