Kajian penggunaan kaedah periklanan dan promosi dalam meningkatkan pasaran Jakel Trading / Izzatul Syahirah Yusof

Yusof, Izzatul Syahirah (2017) Kajian penggunaan kaedah periklanan dan promosi dalam meningkatkan pasaran Jakel Trading / Izzatul Syahirah Yusof. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini untuk mengenalpasti terhadap kesan iklan dan promosi kepada masyarakat serta etika di dalam menyiarkan iklan dan promosi melalui media cetak dan media elektronik. Teori etika dan kesan dalam periklanan dan promosi dari Philip Kotler digunakan untuk lebih mengenalpasti terhadap etika dan kesan periklanan dan
promosi kepada masyarakat pada masa kini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan positif dan negatif di dalam periklanan dan promosi kepada masyarakat. Tesis ini akan di lakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual pengusaha Jakel Trading. Kertas kerja ini dapat dilihat dengan lebih teliti apabila setiap pengusaha dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai kesan dan etika di dalam periklanan dan promosi terhadap masyarakat. Tambahan lagi, penyelidikan berharap supaya kertas kerja ini dapat memberikan sedikit pengetahuan
kepada mahasiswa universiti terhadap kesan dan etika dalam menghasilkan periklanan dan promosi dengan menggunakan medium sah untuk lebih memahami tentang etika terhadap iklan dan promosi yang disiarkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_IZZATUL SYAHIRAH YUSOF FF B 17_5.pdf]
Text
PPb_IZZATUL SYAHIRAH YUSOF FF B 17_5.pdf
Download (211kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad, PTAR Puncak Perdana
Item Status
Indexing & Metrics