Abstract
Beberapa kajian dalam bidang linguistik korpus telah membuktikan
bahawa data korpus memainkan peranan besar dalam membantu pelajar
memahami subjek yang dipelajari. Ini kerana ia dapat memberi maklumat
tentang kosa kata dan kata kunci penting dalam subjek tersebut. Tujuan
kertas kerja ini disediakan, pertama, adalah untuk menghuraikan langkah
yang telah dilalui dalam membina data korpus bagi dua buku teks di
peringkat STAM bagi subjek Fiqh dan Hadith. Kedua, mengenal pasti kosa
kata penting dan kata kunci dalam dua buku teks tersebut. Bagi mencapai
objektif di atas, data yang mengandungi sekitar 124,500 perkataan dipindahkan
dalam bentuk softcopy dan dilakukan proses pengkodan. Kemudian
data tersebut dianalisis menggunakan perisian Wordsmith 6.0 untuk
mendapatkan frekuensi penggunaan perkataan dan kata kunci bagi setiap
subjek. Dapatan menunjukkan bahawa satu korpus lebih besar yang merangkumi semua subjek di peringkat STAM mampu dibina. Analisis ke
atas korpus mendapati, terdapat beberapa kosa kata penting yang umum
digunakan dan kata kunci bagi setiap subjek.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Zainur Rijal zrijalrazak@gmail.com Samah, Rosni rosni@usim.edu.my Jumingan, Muhammad Fauzi uzi@fbmk.upm.edu.my Abu Bakar, Mohd. Shahriman shahriman@umk.edu.my |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 2682-7840 |
Volume: | 9 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 33-53 |
Keywords: | Pembinaan korpus, buku STAM, analisis korpus, frekuensi perkataan, kata kunci |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31193 |
Download
AJ_ZAINUR RIJAL B. ABDUL RAZAK VOA K 14.pdf
Download (63MB)