Ciri pragmatik dalam teks ucapan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar / Rozzer Achong

Achong, Rozzer (2016) Ciri pragmatik dalam teks ucapan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar / Rozzer Achong. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian ciri pragmatik dalam teks ucapan Yang Berhormat
Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Kajian ini melihat kepada penggunaan ciri pragmatik
dalam teks ucapan tersebut dengan menggunakan teori yang telah dikemukaan oleh
Asmah (2000). Dalam teori ini, Asmah (2000) telah membahagikan ciri pragmatik
kepada tiga (3) jenis utama iaitu penyisian, pengulangan, dan seruan. Untuk ciri
pragmatik penyisian terdapat 16 jenis ciri pragmatik. Kajian ini, pengkaji telah
mengambil teks ucapan Pemuda UMNO pada tahun 2014 dan 2015 untuk dianalisis.
Pengkaji telah mengenal pasti ciri pragmatik yang terkandung dalam teks dan
menganalisisnya. Selain itu, turut menganalisis kekerapan penggunaan ciri pragmatik
dalam teks tersebut. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ciri pragmatik
pengulangan paling kerap digunakan berbanding ciri pragmatik penyisian dan seruan
iaitu sebanyak 14 daripada 79 data. Ciri pragmatik yang paling sedikit digunakan pula
iaitu pernyataan maklumat baharu, penambahan beranalogi, penambahan perkaitan,
tafsirkan keadaan atau peristiwa, pernyataan kekecewaan atau kekesalan, kesimpulan
andaian, dan pembatasan ruang lingkup maklumat, diikuti ciri pragmatik seruan
sebanyak 1 data masing-masingnya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Achong, Rozzer
2013813176
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Style. Composition. Rhetoric
P Language and Literature > PN Literature (General) > Public speaking
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional
Keywords: Ciri pragmatik, Teks ucapan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31111
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_ROZZER  ACHONG APB 16_5.pdf] Text
PPb_ROZZER ACHONG APB 16_5.pdf

Download (171kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31111

Indexing

Statistic

Statistic details