Analisa perbandingan penggunaan perkhidmatan telefon dengan perkhidmatan teleks di kalangan ahli-ahli perniagaan di Kuala Lumpur (1978 - 1983) / Arbiah Ahmad … [et al.]

Ahmad, Arbiah and Abdul Hamid, Hartini and Atan, Latifah and Sharom, Rafeah and Hamdan, Salina (1984) Analisa perbandingan penggunaan perkhidmatan telefon dengan perkhidmatan teleks di kalangan ahli-ahli perniagaan di Kuala Lumpur (1978 - 1983) / Arbiah Ahmad … [et al.]. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Jabatan Telekom Malaysia (JTM) adalah sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi, khususnya kepada individu, ahli-ahli perniagaan dan agensi kerajaan. Penyelidikan ini adalah mengenai analisa perbandingan penggunaan perkhidmatan telefon dengan perkhidmatan teleks di kalangan ahli-ahli perniagaan disekitar Kuala Lumpur. (1978 - 1983). Tujuan penyelidikan adalah untuk mengetahui apakah kebaikan penggunaan perkhidmatan teleks, penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan teleks serta kesan dari perkhidmatan teleks berbanding dengan perkhidmatan telefon.. Kajian ini juga menyentuh tentang masalahmasalah yang dihadapi oleh JTM. Juga, secara tidak langsung menyelidik dan menganalisa perkembangan dalam perkhidmatan teleks serta usaha-usaha yang telah dan akan dijalankan untuk mempertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan tersebut. Kaedah penyelidikan yang kami jalankan adalah melalui borang soalselidik, tinjauan rintis, temubual, dan penyemakan dokumen. Borang soalselidik dikemukakan kepada ahli-ahli perniagaan dimana mereka ini adalah dipilih secara persampelan rawak ringkas. Selain daripada itu, temubual juga diadakan dengan pegawai-pegawai JTM. Kami juga membuat rujukan melalui keratan-keratan akhbar dan majalah-majalah. Akhir sekali kami menganalisa kesemua data dan maklumat yang kami perolehi berdasarkan kepada objektif dan hipotesis kajiselidik kami. Hasil dari penyelidikan yang telah kami jalankan kami dapati bahawa kedua-dua perkhidmatan telefon dan teleks adalah sama penting dalam komunikasi kepada ahli-ahli perniagaan. Oleh kerana perkembangan dalam sektor perniagaan semakin pesat, maka permintaan terhadap keduadua perkhidmatan ini juga meningkat pada kadar yang tinggi

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Arbiah
UNSPECIFIED
Abdul Hamid, Hartini
UNSPECIFIED
Atan, Latifah
UNSPECIFIED
Sharom, Rafeah
UNSPECIFIED
Hamdan, Salina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohammad, Abdullah @ Kassim
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Communication in management. Communication in organizations. Communication of information
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Business and Management
Programme: Diploma in Business Studies
Keywords: perkhidmatan, telefon, teleks
Date: May 1984
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30960
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of ARBIAH AHMAD.pdf] Text
ARBIAH AHMAD.pdf

Download (149kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

30960

Indexing

Statistic

Statistic details