Barisan Nasional di ruang maya: Isu-isu Berbangkit di Facebook menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar ...[et al.]

Mohamed @ Bakar, Badrul Azmier and Andin Salamat, Azni Syafena and Abd Muis, Mujibu and Aminuddin, Adnan and Yaacob, Mahazril ‘Aini and Kamarunzaman, Nur Zafifa (2011) Barisan Nasional di ruang maya: Isu-isu Berbangkit di Facebook menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar ...[et al.]. Voice of Academia (VOA), 6 (2). pp. 191-204. ISSN 2682-7840
Abstract

Laman sosial Facebook kini menjadi fenomena sejagat yang mempengaruhi
kehidupan manusia. Penggunaannya yang meluas, tuntas dan pantas
menjadikan ruang ini umpama satu medium untuk merevolusikan cara
maklumat disebarkan. Kewujudan Facebook pada asalnya digunakan bagi
tujuan sosial kini telah menjangkaui fungsi asasnya. Penggunaannya bukan
hanya menjadi ruang untuk berniaga malah turut berperanan sebagai
platform untuk berpolitik. Jika keputusan Pilihan Raya Umum ke-12
(PRU-12) yang tidak mengejutkan itu didakwa kerana peranan blog, maka Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin bakal menyaksikan kuasa baru di
ruang maya iaitu Facebook dalam menentukan jatuh bangun sesebuah
parti dalam persaingan politik di Malaysia. Penubuhan beberapa laman di
facebook yang secara terbuka membantah langkah yang diambil oleh parti
pemerintah menjelaskan peningkatan peranan politik yang dimainkan oleh
laman sosial ‘1M Malaysians Reject 100-Storey Mega Tower’. Laman ini
merupakan sebuah laman terkini yang menjadi perbualan bukan hanya di
ruang maya, malah juga di ruang nyata. Apa yang menarik, laman tersebut
telah mencatat sejarah apabila sebuah ‘demonstrasi’ telah dilakukan oleh
lebih 100,000 rakyat Malaysia di ruang maya. Justeru, penulisan ini memberi
kesempatan untuk meninjau secara sepintas lalu isu-isu yang dibangkitkan
di ruang maya yang mungkin berbeza dari ruang sebenar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of AJ_BADRUL AZMIER MOHAMED @ BAKAR VOA K 11.pdf]
Text
AJ_BADRUL AZMIER MOHAMED @ BAKAR VOA K 11.pdf
Download (16MB)
Indexing & Metrics