Kajian terhadap kesedaran kempen kitar semula di kalangan penduduk Bandaraya Kuching / Sabrina Mahili Saaba

Mahili Saaba, Sabrina and Mellie, Suraini and Peter Saka, Poula and Hassan, Noorliza and Eddy, Bonny Owen (2002) Kajian terhadap kesedaran kempen kitar semula di kalangan penduduk Bandaraya Kuching / Sabrina Mahili Saaba. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kini, di dalam mengliarungi era globalisasi yang kian pesat ini, negara bukan saja perlu peka terhadap perkara yang berkaitan dengan hal ehwal dalam negeri. Malahan,negara juga perlu peka terhadap rakyatnya. Rakyat perlu hidup dalam keadaan yang sihat untuk memastikan bahawa mereka dapat menjalankan tugas-tugas harian mereka. Apa yang dimaksudkan di sini ialah tentang keadaan alam sekitar sesebuah negara tersebut. Tidak bermaknalah segala pembangunan dan kejayaan yang dikecapi dengan keadaan negara yang dilihat kurang menyenangkan. Dapatlah dilihat di sini bahawa betapa pentingnya keadaan alam sekitar di dalam memberi imej yang baik terhadap negara tersebut. Di negara kita sendiri amnya, menghadapi masalah mengenai keadaan alam sekitar yang berpunca dari sikap rakyatnya sendiri. Oleh itu, segala langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini perlu diambil segera. Langkah-langkah yang dimaksudkan antaranya ialah mengamalkan kempen kitar semula dimana telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Maka, kertas ilmiah yang bertajuk "Kajian Terhadap Kesedaran Kempen Kitar Semula di Kalangan Penduduk Bandaraya Kuching" ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan kempen kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan khususnya di bandaraya Kuching. Selain itu juga, kertas kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kesedaran penduduk terhadap amalan kitar semula. Dapat dilihat bahawa, di dalam mengejar pembangunan di dalam era globalisasi ini, rakyat semakin lupa dan lalai akan tanggungjawap mereka terhadap alam sekitar. Mereka tidak sedar bahawa akibat dari kelalaian mereka ini akan menyebabkan implikasinya berbahk semula kepada mereka sendiri. Dan sehubungan itu juga, kajian ini adalah bertujuan untuk menilai kesungguhan pihak berkuasa tempatan di dalam menjayakan kempen kitar semula di bandaraya Kuching khususnya. Sejauhmana langkag-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan dapat dipraktikkan dan seterusnya diterapkan terus kepada penduduk bandaraya Kuching. Walaupun negara kita telah mencapai kejayaan terutamnya di dalam bidang pembangunan, tidak bermaknalah jikalau rakyatnya hidup dalam rakyatnya hidup di dalam keadaan yang tidak sihat. Masalah sampah sarap di merata-rata tempat dan juga masalah kawasan untuk pelupusan juga semakin berkurangan adalah implikasi daripada sikap individu itu sendiri yang endah tak endah di dalam hal ini. Oleh itu, jelaslah bahawa langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah sampah yang semakin merunsingkan ini harus dilaksanakan serta merta dan dijalankan secara berterusan. Dan langkah-langkah yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan amalan kitar semula. Maka dengan itulah lahirnya idea untuk kumpulan kami menjalankan kajian terhadap keberkesanan kempen kitar semula terutamanya untuk penduduk bandaraya Kuching.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahili Saaba, Sabrina
UNSPECIFIED
Mellie, Suraini
UNSPECIFIED
Peter Saka, Poula
UNSPECIFIED
Hassan, Noorliza
UNSPECIFIED
Eddy, Bonny Owen
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Neighborhoods
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > City planning > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Keywords: Kempen, Kitar Semula, Bandaraya Kuching
Date: September 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30779
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PP_SABRINA MAHILI SABA AM Q 02_5.PDF] Text
PP_SABRINA MAHILI SABA AM Q 02_5.PDF

Download (2MB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

30779

Indexing

|

Statistic

Statistic details