Kajian perbandingan pemaparan berita LGBT dalam akhbar cetak dan portal berita / Mohamad Yusof Helmy Ramli, Rani Ann Balaraman and Mohamad Saifudin Mohamad Saleh.

Ramli, Mohamad Yusof Helmy and Balaraman, Rani Ann and Mohamad Saleh, Mohamad Saifudin (2017) Kajian perbandingan pemaparan berita LGBT dalam akhbar cetak dan portal berita / Mohamad Yusof Helmy Ramli, Rani Ann Balaraman and Mohamad Saifudin Mohamad Saleh. Forum Komunikasi (FK), 12 (2). pp. 59-74. ISSN 0128-2379
Abstract

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah suatu subjek yang masih lagi taboo dan mempunyai konotasi yang janggal dalam masyarakat Malaysia, terutamanya dalam konteks negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasminya. Namun begitu, isu LGBT pada masa kini semakin kerap dibincangkan dalam media cetak, elektronik mahu pun media baharu. Peningkatan dalam jumlah pemaparan isu LGBT dalam akhbar di Malaysia boleh menunjukkan berlakunya perubahan dalam tahap sensitiviti masyarakat Malaysia dan juga perubahan dari segi penapisan berita yang dilaporkan kepada pembaca negara ini. Kajian ini telah meneroka aspek pemaparan isu-isu LGBT dalam sampel akhbar bercetak iaitu Utusan Malaysia dan portal berita dalam talian, Malaysiakini. Kajian ini menjawab persoalan tentang pola pelaporan isu LGBT dalam akhbar di Malaysia, khususnya tentang jenis tema yang kerap kali diketengahkan dalam pelaporan isu berkenaan sepanjang pada tahun kajian iaitu 2011 dan 2012.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30167.pdf]
Text
30167.pdf
Download (291kB)
Indexing & Metrics