Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya melayu dalam filem Rahim Razali / Siti Normala Hamzah, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad @ Ahamad, Prof. Madya Dr. Md Azalan Shah Md Syed

Siti Normala, Hamzah and Mohamad Saleeh, Rahamad @ Ahamad and Md Azalan Shah, Md Syed (2020) Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya melayu dalam filem Rahim Razali / Siti Normala Hamzah, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad @ Ahamad, Prof. Madya Dr. Md Azalan Shah Md Syed. Idealogy Journal, 5 (1). pp. 165-178. ISSN 2550-214X

Abstract

Kajian ini membicarakan mengenai pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam dua filem Rahim Razali iaitu Puteri (1987) dan Anak Sarawak (1989). Dalam
pengaruh kebudayaan masyarakat Melayu, keris bukan sahaja merujuk kepada alatan senjata malah merupakan sebuah manifestasi seni yang memiliki nilai estetika yang tinggi serta cerminan nilai pemikiran, falsafah dan kebudayaan bagi masyarakat Melayu. Maka objektif
kajian ini adalah untuk menganalisis pencitraan budaya Melayu melalui pemaparan keris dalam kedua-dua filem tersebut yang sarat dengan falsafah dan kepercayaan masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan sosiologi sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa unsur warna tempatan yang ditunjukkan melalui pencitraan keris dalam filem ini telah mengangkat aspek kepercayaan,
mitos dan ritual yang menjadi asas kepada adat dan budaya Melayu. Selain itu, kedua-dua filem ini juga telah mendokumentasikan protes sosial masyarakat terutamanya mengenai pertentangan kelas antara pihak atasan dengan pihak bawahan dengan menggunakan keris sebagai wahana perjuangan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Siti Normala, Hamzah
sitinormalahamzah@gmail.com
Mohamad Saleeh, Rahamad @ Ahamad
UNSPECIFIED
Md Azalan Shah, Md Syed
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Production and direction > Malaysia
P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature > Drama
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 165-178
Keywords: Keris, budaya Melayu, kepercayaan Melayu, filem Rahim Razali, filem Puteri dan filem Anak Sarawak
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30140
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30140.pdf] Text
30140.pdf

Download (404kB)

ID Number

30140

Indexing

Statistic

Statistic details