Senario pilihan raya ke-12 di Sabah: antara calon atau parti / Ansir Salim dan Ajis Lepit

Salim, Ansir and Lepit, Ajis (2008) Senario pilihan raya ke-12 di Sabah: antara calon atau parti / Ansir Salim dan Ajis Lepit. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kajian ini telah dijalankan semasa pilihan raya ke-12 yang meliputi kawasan Parlimen
P184 - Libaran, P183-Beluran dan lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu
N39 - Sugut, N40 - Labuk, N41 - Gum-Gum, N42 - Sungai Sibuga dan N43 - Sekong di
Sandakan, Sabah yang memfokuskan kawasan yang ditandingi parti atau calon UMNO.
Kajian bertujuan untuk melihat dan menganalisis senario piliharanya di kawasan tumpuan
kajian yang bermula dari penamaan calon hingga ke hari keputusan pilihan raya
diumumkan pada malam 8 Mac 2008. Ini termasuklah melihat dan menganalisis tren
pengundi, kepimpinan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh masyarakat kawasan berkenaan.
Kaedah yang dijalankan dalam kajian ini ialah tinjauan langsung di kawasan terlibat,
temuramah dengan rakyat dan bakal calon dan analisis media massa. Hasil kajian
mendapati pengundi Cina mengundi atas noma wakilnya dan bukan parti yang diwakili,
secara umumnya pengundi masyarakat Islam menolak calon pemerintah
walaubagaimanpunfaktorpolitik wang mampu merubah keputusan yang memihak kepada
calon pemerintah. Manakala majoriti kecil pengundi masyarakat bukan Islam tidak
mempengaruhi atau tidak memberi kesan hasil keputusan pilihan raya. Hasil pilihan
rayajelas wujudnya pertentangan undi antara menolak calon atau parti. Calon-calon
yang tidak disenangi oleh pengundi majoriti masyarakat setempat berdasarkan masalahmasalah
calon seperti kelemahan, kredilbiliti dan karisma calon yang bertanding. Majoriti
pengundi masih lagi selesa dan selamat dibawah parti pemerintah yang sedia ada dan
tidak berani untuk menukar kerajaan. Kesimpulannya prestasi parti pemerintah dan politik
wang mampu mengekalkan sokongan kepada rakyat

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salim, Ansir
UNSPECIFIED
Lepit, Ajis
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3014
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 3014.pdf] Text
3014.pdf

Download (519kB)

ID Number

3014

Indexing

Statistic

Statistic details