Pengaruh pencarian maklumat kesihatan melalui internet terhadap perubahan tingkah laku kesihatan / Siti Nur Izyandiyana Ab Hadi ... [et al.]

Ab Hadi, Siti Nur Izyandiyana and Bolong, Jusang and Hassan, Md.Salleh and Osman, Nizam (2017) Pengaruh pencarian maklumat kesihatan melalui internet terhadap perubahan tingkah laku kesihatan / Siti Nur Izyandiyana Ab Hadi ... [et al.]. Forum Komunikasi (FK), 12 (1). pp. 53-69. ISSN 0128-2379

Abstract

Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak membantu masyarakat mendapatkan pelbagai jenis maklumat kesihatan melalui medium internet. Terdapat pelbagai jenis laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan, seperti blog, laman sosial, jurnal perubatan dan sebagainya. Maklumat yang disediakan bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah berkenaan kesihatan, malah mungkin akan mengubah tingkahlaku kesihatan. Kajian ini mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pencarian maklumat kesihatan dan perubahan tingkahlaku kesihatan dalam kalangan 400 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mencari maklumat kesihatan melalui internet. Hasil kajian mendapati, faktor maklumat menyumbangkan 2.2% varians terhadap pencarian maklumat kesihatan Ini bermakna faktor maklumat merupakan peramal utama yang menyebabkan ibu bapa mencari maklumat kesihatan melalui Internet. Faktor maklumat, faktor matlamat, faktor konteks, faktor teknologi dan faktor komunikator juga mempengaruhi secara signifikan terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan dalam kalangan ibu bapa.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Hadi, Siti Nur Izyandiyana
izyandiyana@usas.edu.my
Bolong, Jusang
UNSPECIFIED
Hassan, Md.Salleh
UNSPECIFIED
Osman, Nizam
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Journalists
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi (FK)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK)
ISSN: 0128-2379
Volume: 12
Number: 1
Page Range: pp. 53-69
Keywords: Kesihatan, Pencarian maklumat kesihatan, Tingkahlaku kesihatan
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30131
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30131.pdf] Text
30131.pdf

Download (295kB)

ID Number

30131

Indexing

Statistic

Statistic details