Pengaruh hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu : rujukan khusus karya pilihan R. O. Winstedt / Mohd Farhan Abd Rahman ... [et al.]

Mohd Farhan, Abd Rahman and Muhd Imran, Abd Razak and Ahmad Firdaus, Mohd Noor and Mukhamad Khafiz, Abdul Basir and Nurul Khairiah, Khalid (2020) Pengaruh hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu : rujukan khusus karya pilihan R. O. Winstedt / Mohd Farhan Abd Rahman ... [et al.]. Idealogy Journal, 5 (1). pp. 109-118. ISSN 2550-214X

Abstract

R.O. Winstedt merupakan seorang orientalis yang berkhidmat di Tanah Melayu sebagai pentadbir British. Bentuk pemikiran beliau berteraskan falsafah positifisme empirik logik iaitu fahaman yang mementingkan penggunaan akal sepenuhnya sebagai pendekatan utama bagi mendapatkan sesuatu fakta keilmuan berdasarkan kaedah penelitian yang sistematik dan teliti. Falsafah ini menolak pembuktian sesuatu fakta menggunakan sumber wahyu kerana dianggap tidak releven dalam pembuktian sejarah. Artikel ini menumpukan kepada analisa terhadap pandangan Winstedt berkaitan pengaruh Hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Tanah Melayu menerusi empat buah karya pilihan beliau. Penulis
menggunakan kaedah grafisejarah, perbandingan dan analisis kandungan bagi menganalisis pandangan tersebut. Hasil kajian mendapati pendekatan pemikiran Winstedt dalam menilai pengaruh Hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya kebudayaan, perundangan dan mitos memperlihatkan sudut pandangan yang meragukan dan berat sebelah. Beliau percaya masyarakat Melayu telah terpengaruh dengan budaya dan cara hidup Hinduisme dalam setiap corak kehidupan termasuklah tahap kepandaian dalam membina sebuah tamadun hingga menafikan sumbangan Islam dalam kehidupan masyarakat. Hal ini berpunca dari kelemahan golongan orientalis dalam memahami kandungan Islam disebabkan latar belakang pemikiran yang berpusatkan Eropah iaitu Eurocentrism. Pemikiran ini mengangkat bangsa Eropah sebagai bangsa yang hebat dan bertamadun berbanding bangsa lain hingga digelar “ambassador of civilization” iaitu penyelamat kepada bangsa yang perlu ditamadunkan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Farhan, Abd Rahman
UNSPECIFIED
Muhd Imran, Abd Razak
UNSPECIFIED
Ahmad Firdaus, Mohd Noor
UNSPECIFIED
Mukhamad Khafiz, Abdul Basir
UNSPECIFIED
Nurul Khairiah, Khalid
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Indian
D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Malays (Asian people)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 109-118
Keywords: Winstedt, Pengaruh Hinduisme, Islam, Tanah Melayu, Masyarakat Melayu
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30117
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30117.pdf] Text
30117.pdf

Download (226kB)

ID Number

30117

Indexing