Buku kerja atau workbook lakaran idea pelajar / Wan Nur Khalisah Shamsudin, Anith Liyana Amin Nudin dan Lili Eliana Mohd Radzuan

Shamsudin, Wan Nur Khalisah and Amin Nudin, Anith Liyana and Mohd Radzuan, Lili Eliana (2019) Buku kerja atau workbook lakaran idea pelajar / Wan Nur Khalisah Shamsudin, Anith Liyana Amin Nudin dan Lili Eliana Mohd Radzuan. Jurnal Inspirasi Seni Intelektual (I.S.I). pp. 64-70. ISSN 2637-0115
Abstract

Buku kerja atau workbook adalah satu platform yang
digunakan untuk lakaran idea. Lakaran atau
sketches adalah salah satu kaedah yang selalu
dipraktiskan bagi perkembangan idea bukan sahaja
bidang seni malah bidang sains, matematik dan
arkitek. Lakaran atau sketches perkembangan idea
ini selalunya dipraktiskan oleh individu atau
sekumpulan pelajar. Kumpulan sasaran kajian ini
adalah pelajar program diploma seni reka grafik
khususnya dalam penghasilan projek rekaan simbol
atau logo. Pelajar peringkat diploma haruslah
ditekankan dari segi kecekapan teknikal dan lakaran
manual bagi menggalakkan perkembangan idea
untuk sesuatu rekaan. Kajian ini dilakukan adalah
untuk mengenalpasti permasalah bahan
pembelajaran atau buku kerja semasa yang
digunakan dalam penghasilan lakaran idea bagi
simbol atau logo. Kaedah kajian dijalankan melalui
soal kaji selidik kepada kumpulan sasaran. Dapatan
kajian menunjukkan bebeapa permasalah yang jelas
dan inisiatif bagi inovasi buku kerja khas untuk
lakaran idea simbol dan logo perlu direka dan
dijalankan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30088.pdf]
Text
30088.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics