Konflik watak dan perwatakan dalam Saladin the animated series : analisis intertekstualiti / Izra Inna Hj Md Idris, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad @ Ahamad dan Dr. Md Azalan Shah Md Syed

Izra Inna, Md Idris and Mohamad Saleeh, Rahamad @ Ahamad and Md Azalan Shah, Md Syed (2020) Konflik watak dan perwatakan dalam Saladin the animated series : analisis intertekstualiti / Izra Inna Hj Md Idris, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad @ Ahamad dan Dr. Md Azalan Shah Md Syed. Idealogy Journal, 5 (1). pp. 69-92. ISSN 2550-214X
Abstract

Kajian ini menumpukan pemerhatian terhadap watak dan perwatakan antara hipoteks biografi Sultan Salahuddin al-Ayubi daripada teks Saladin or What befell Sultan Yusuf oleh
Baha ed-Din atau Ibnu Shaddad dan hiperteks Saladin the Animated Series (2010) yang diarahkan oleh Steve Bristow. Antara elemen penting dalam sesebuah cerita ialah watak dan perwatakan kerana ia menggerakkan sesebuah cerita. Watak dan perwatakan ini dinilai dengan teori intertekstualiti untuk melihat proses teks dalam sebuah teks atau dalam konteks kajian ini, biografi dalam siri animasi atau boleh juga dikenali sebagai dialog antara teks yang dipelopori oleh Julia Kristeva. Kajian tekstual analisis watak dan perwatakan memfokuskan watak Saladin, Tarik, Anisa, Duncan, dan Omar. Pengkaji menilai proses transformasi, eksistensi, haplologi, dan demitefikasi dalam melakukan perbandingan watak dan perwatakan. Penemuan menunjukkan bahawa Pengarah Saladin the Animated Series, Steve Bristow, telah mengubah biografi Sultan Salahuddin al-Ayubi

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30026.pdf]
Text
30026.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics