Pilihan raya ke-12 : Satu perubahan di Malaysia / Rusniyati Mahiyaddin

Mahiyaddin, Rusniyati (2008) Pilihan raya ke-12 : Satu perubahan di Malaysia / Rusniyati Mahiyaddin. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Dalam sejarah politik Malaysia, pilihan raya umum telah diselenggarakan dua belas
kali. Pilihan raya umum pertama ialah pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
1955. Pilihan raya umum selanjutnya telah dilaksanakan pada tahun 1959, 1964, 1969,
1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004 dan yang terkini 2008. Dari rangkaian
sejarah pilihan raya tersebut, secara umumnya dimenangi oleh Barisan Nasional.
Pendapat mengatakan bahawa kemenangan demi kemenangan tersebut pada asasnya
adalah kerana prestasi Barisan Nasional yang dianggap berhasil melakukan
pembangunan di Malaysia. Namun Pilihan raya ke-12 memberikan banyak perubahan.
Kerajaan Barisan Nasional masih mendapat mandat daripada pengundi. Namun, Barisan
Alternatif memenangi lebih banyak kerusi. Jumlah negeri yang diperintah oleh Barisan
Alternatif juga bertambah daripada Negeri Kelantan sahaja selepas pilihan raya tahun
2004, tetapi kini Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut dimenangi oleh mereka.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat sebab mengapa perubahan
ini berlaku dan kesannya

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahiyaddin, Rusniyati
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2999
Edit Item
Edit Item

Download

Full text not available from this repository.

ID Number

2999

Indexing

Statistic

Statistic details