Politik Melayu : Antara muzakarah, mugabalah atau makinparah / Nidzam Sulaiman dan Zaini Othman

Sulaiman, Nidzam and Othman, Zaini (2008) Politik Melayu : Antara muzakarah, mugabalah atau makinparah / Nidzam Sulaiman dan Zaini Othman. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Keputusan Pilihan raya ke-12 pada Mac 2008 telah membawa banyak kesan kepada
politik Malaysia amnya dan Melayu khususnya. Dominasi BNyang telah mengakar selama
ini akhirnya dapat dicabar oleh Pakatan Rakyat. Politik negara turut berubah dengan
suara dan debat di Parlimen menjadi semakin panas. Penyusustan undi BN telah
mendesaknya menilai diri dan mula melaksanakan perubahan dasar sebagai usaha
mengembalikan sokongan. Dalam kemelut inijuga isu kedudukan Melayu vis a vis bukan
Melayu mula menonjol. Isu yang selama ini tersembunyi tidak berani disuarakan secara
tiba-tiba dibangkit, dipersoal malah ada yang berani dituntut pindaanya. Isu Dasar
Ekonomi Baru (DEB), pemberian kontrak dan lesen, isu kontrak sosial, pertukaran agarna,
biasiswa dan bilangan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA) dan sebagainya
lantang diperdebat. Pada masa yang soma UMNO yang dilihat selama ini sebagai patron
kepada orang Melayu sudah mulai berasa dirinya tidak begitu kukuh lalu menjemput
PAS untuk 'bermuzakarah' dengan alasan untuk mengembalikan kedudukan Melayu.
Berbagai-bagai pandangan lahir kesan daripada perbincangan ini, yang menyokong,
memandang rendah malah membantah. Pokoknya persoalan Melayu tetap menjadi
semakin terhimpit kesan kedudukan politik yang goyah. Kertas ini akan cuba
membincangkan persoalan ini dengan meneliti kedudukan agihan kuasa antara kaum ini
dan cuba mencadangkanjalan keluaryang mungkin boleh diterima berbagai-bagai pihak.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulaiman, Nidzam
UNSPECIFIED
Othman, Zaini
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2985
Edit Item
Edit Item

Download

Full text not available from this repository.

ID Number

2985

Indexing

Statistic

Statistic details