Pengaplikasian konsep gerrymandering dalam penentuan persempadanan pilihan raya: DUN Sabah, PRU 12 / Fadilah Sarbi, Mustapa Abd. Talip dan Zainal Ajamain

Sarbi, Fadilah and Abd. Talip, Mustapa and Ajamain, Zainal (2008) Pengaplikasian konsep gerrymandering dalam penentuan persempadanan pilihan raya: DUN Sabah, PRU 12 / Fadilah Sarbi, Mustapa Abd. Talip dan Zainal Ajamain. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Ruangan politik adalah pertembungan di antara dua elemen asas iaitu spatial (hubungan
persekitaran) dan kuasa (politik). Pertembungan dua angkubah ini telah berjaya
mewujudkan pelbagai analisis terutamanya berkaitan dengan persempadanan yang
akhirnya sesuatu kawasan yang muncul akan mempunyai identiti tersendiri. Lazimnya,
dalam penentuan dan penetapan persempadanan pilihan raya, konsep Gerrymandering
akan menjadi asas dan tulang belakang kepada proses berkenaan. Konsep persempadanan
pilihan raya ini telah dibuat oleh Ellbridge Gerry pada tahun 1812 ini ternyata masih
digunapakai sehingga kini, bukan setakat di negera asal iaitu Amerika Syarikat bahkan
di serata dunia. Konsep persempadanan ini mewakili tiga indikator utama dalam
penentuan persempadanan iaitu berasaskan bangsa, tanggungjawab pemerintah dan
kepentingan parti yang memerintah. Sungguhpun konsep ini sering diperdebatkan dan
dikatakan tidak member jawapan yang kompetatif dan dipersetujui oleh semua pihak,
nyata setelah hampir dua abad idea persempadanan ini masih mendapat tempat soma
ada bagi tujuan, kemenangan pilihan raya, pemanipulasian atau perlindungan serta
kepentingan. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan
pengaplikasian konsep Gerrymandering sebagai salah satu indikator penentu
persempadanan pilihan raya di negeri Sabah yang memfokuskan kepada kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan merujuk kes penentuan persempadanan pada
pilihan raya umum ke-12 yang lepas.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sarbi, Fadilah
UNSPECIFIED
Abd. Talip, Mustapa
UNSPECIFIED
Ajamain, Zainal
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2982
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 2982.pdf] Text
2982.pdf

Download (707kB)

ID Number

2982

Indexing

Statistic

Statistic details