Persoalan dan makna dl sebalik pilihan raya kecil Permatang Pauh / Zulkanain Abdul Rahman, Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali Shaharudin Badaruddin dan Md. Rozimi Md Nasir

Abdul Rahman, Zulkanain and Othman, Mohammad Redzuan and Badaruddin, Amer Saifude Ghazali Shaharudin and Md Nasir, Md. Rozimi (2008) Persoalan dan makna dl sebalik pilihan raya kecil Permatang Pauh / Zulkanain Abdul Rahman, Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali Shaharudin Badaruddin dan Md. Rozimi Md Nasir. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Persoalan yang timbul daripada kemenangan besar yang dicapai oleh Anwar Ibrahim
melalui PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh (P44) ialah, adakah kemenangan
ini merupakan kesinambungan kepada kemerosotan yang dialami oleh Barisan Nasional
sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008 dan kemaraan parti pembangkang untuk mengambil
alih pemerintahan negara. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tigapenjuru
antara calon BN yang diwakili Datuk Arif Shah Omar Shah, PKR yang diwakili oleh
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan AKIM yang diwakili oleh Hanafi Mamat. Pilihan raya
kecil Permatang Pauh merupakan pilihan kecil pertama yang diadakan selepas Pilihan
raya Ke-12 dan menyaksikan Anwar Ibrahim kembali ke pentas politik perdana setelah
sepuluh tahun dipecat dari jawatan kabinet dan disingkir dari UMNO. Pilihan raya kecil
ini diadakan di tengah-tengah kemelut Anwar Ibrahim selaku pemimpin de facto PKR
menghadapi kes mahkamah dan UMNO berhadapan dengan kemelut kepimpinan dalam
menentukan masa depan parti. Keputusan pilihan raya kecil ini dianggap sebagai kayu
ukur dalam mencorakkan perkembangan kedua-dua parti politik dan parti pembangkang
yang lain sebelum pilihan raya ke-13. Kertas kerja ini akan membincangkanfaktor-faktor
yang menyumbangkan kepada kemenangan yang dicapai oleh PKR dan kelemahan di
pihak BN sehingga membawa kepada keputusan pada 26 Ogos 2008 yang tidak berpihak
kepada parti yang memerintah negara. Antara perkara yang akan dibincangkan
termasuklah ketrampilan calon, isu kempen keberkesan jentera pilihan raya, aspek
keselamatan, penggunaan poster dan sebagainya. Kecenderunganpengundianjuga akan
dibincangkan bagi membandingkan keputusanan mengikut umur dan saluran untuk
menilai tahap sokongan yang diberikan kepada calon yang bertanding.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Zulkanain
UNSPECIFIED
Othman, Mohammad Redzuan
UNSPECIFIED
Badaruddin, Amer Saifude Ghazali Shaharudin
UNSPECIFIED
Md Nasir, Md. Rozimi
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2976
Edit Item
Edit Item

Download

Full text not available from this repository.

ID Number

2976

Indexing

Statistic

Statistic details