Penterjemahan demokrasi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: satu tinjauan ke atas budaya politik masyarakat Melayu Kelantan / Mohd. Mahadee Ismail dan Ab. Bassit Husin

Ismail, Mohd. Mahadee and Husin, Ab. Bassit (2008) Penterjemahan demokrasi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: satu tinjauan ke atas budaya politik masyarakat Melayu Kelantan / Mohd. Mahadee Ismail dan Ab. Bassit Husin. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Makalah ini ditulis berdasarkan satu tinjuan khas yang dilakukan di seluruh Negeri Kelantan menjelang pilihan ray a umum ke-12. Dua aspek utama yang diberikan perhatian khusus dalam melihat senario politik tanah air ini merangkumi penterjemahan unsur demokrasi dan perkembangan budaya politik masyarakat Melayu di Kelantan. Berdasarkan pilihan raya umum ke-12 yang lalu, wujudpersaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan PAS. BN berusaha untuk merampas kembali Kerajaan Negeri daripada tangan pemerintah PAS manakala PAS pula berusaha gigih dalam usaha
mempertahankan kedudukan mereka di had rakyat Kelantan. Pelbagai isu dan perkara telah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak untuk menawan hati pengundi di Kelantan. Terdapat isu yang boleh dianggap bertentangan dengan demokrasi tetapi menjadi sebahagian daripada budaya politik masyarakat demi mencapai cita-cita politik mereka. Sesuatu yang lebih menarik, wujud sikap taksub terhadap parti sendiri dan prejudis
terhadap parti lawan sehingga menimbulkan masalah kepadapendud.uk setempat. Namun begitu, soal penterjemahan demokrasi masih lagi tinggi. Masyarakat tempatan bebas untuk memilih colon yang lebih memahami kehendak mereka. Dalam pada itu, budaya politik masyarakat Melayu Kelantan yang agak unik dalam permainan politik tanah air menyebabkan keputusan yang mereka akan buat sukar untuk diramal.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Mohd. Mahadee
UNSPECIFIED
Husin, Ab. Bassit
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2972
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 2972.pdf] Text
2972.pdf

Download (654kB)

ID Number

2972

Indexing

Statistic

Statistic details