Analisis pilihan raya : Model keperluan gabungan kuasa dan kemenangan majoriti / Saadon Awang

Awang, Saadon (2008) Analisis pilihan raya : Model keperluan gabungan kuasa dan kemenangan majoriti / Saadon Awang. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi satu dimensi baru kepada lanskap
politik Malaysia. Parti pemerintah yang secara tradisi menguasai majoriti besar dalam
hampir semua pilihan raya sebelum ini telah mendapat satu cabaran baru apabila
kemenangan secara tradisi itu bukan sahaja dikurangkan, malahan hampir dinafikan.
Beberapa negeri turut tumbang atau tidak dapat dikuasai oleh parti pemerintah Kerajaan
Pusat. Kertas ini cuba menjelaskan keperluan wujudnya gabungan parti politik dalam
negara yang mempunyai masyarakat majm.uk seperti Malaysia dan kemenangan
berdasarkan majoriti manakah yang boleh menjamin kestabilan sesebuah kerajaan yang
dibentuk. Kertas berbentuk perbincangan konsep ini mengutarakan Model Keperluan
Gabungan Kuasa dan Kemenangan Majoriti untuk menunjukkan hubungan antara keduadua
angkubah. Penghubung (moderator) kepada hubungan ini ialah melalui faktor 6C
iaitu Coalition, Cooperation, Compromise, Conspiracy, Contingency dan Consequences.
Coalition menjadi asas kepada matlamat untuk mendapatkan kuasa, manakala
Cooperation dan Compromy menjadi kaedah perlaksanaan kepada kuasa dengan
Conspiracy dan Contingency menjadi alternatif kepada perlaksanaan itu apabila kuasa
yang diperoleh itu tergugat. Semua ini hanya dapat dilakukan dengan berasaskan pada
sejauh mana pihak yang memegang kuasa (memerintah) itu memegang kuasa majoriti
melalui mandatyang diberikan kepada mereka. Kesan-kesan ini dijelaskan melalui faktor
Consequences. Adalah diharapkan model ini akan menjadi panduan kepada parti-parti
politik dan pihak pihak yang berkenaan dalam merangka strategi dan percaturan ke
arah mendapat kemenangan dan mencapai matlamat berada di tampuk kuasa
pemerintahan negara pada masa hadapan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Saadon
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2947
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 2947.pdf] Text
2947.pdf

Download (450kB)

ID Number

2947

Indexing

Statistic

Statistic details