Negara dan transformasi pembangunan jaringan keselamatan sosial di Malaysia / Muhammad Ariff Asyrul Adnan, Rafizah Mohd Noor, Akmal Hisham Abdul Rahim [et al.]

Asyrul Adnan, Muhammad Ariff and Mohd Noor, Rafizah and Abdul Rahim, Akmal Hisham and Yaacob, Nur Ain and Najid, Nurul Afzan (2019) Negara dan transformasi pembangunan jaringan keselamatan sosial di Malaysia / Muhammad Ariff Asyrul Adnan, Rafizah Mohd Noor, Akmal Hisham Abdul Rahim [et al.]. Gading Journal for the Social Sciences, 22 (00). pp. 162-175. ISSN 2600-7568

Abstract

Artikel ini mendirikan hujah berkenaan dominasi peranan negara dalam pembangunan jaringan keselamatan sosial di Malaysia. Peranan negara dilihat bersifat “interventionist” khususnya dalam memerihalkan program pembangunan di Malaysia. Melalui teori negara pembangunan, hubungan negara dengan pembangunan dihuraikan dan analisa berpaksikan kepada peranan negara dalam pembangunan jaringan keselamatan sosial dilakukan sejak dari era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) (DEB) sehinggalah kepada pelaksanaan Model Ekonomi Baru (2010-2018) (MEB) di bawah pemerintahan Mohd Najib Razak. Peranan negara ditonjolkan dengan jelas melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) di mana pendekatan yang diambil negara lebih bersifat mesra dengan pasaran dalam memberikan solusi kesan “trickle-down economy” yang mencetuskan fenomena “middle income-trap” yang dialami kelompok bawahan (B40) di Malaysia. Walaupun peranan negara selepas era Mahathir dilimitasikan, namun, evolusi proses pembangunan di Malaysia yang menuntut kembali peranan negara dalam merencana pembangunan diperlihatkan apabila rejim Mohd Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 Malaysia mula memperlihatkan dominasi negara dalam perancangan pembangunan jaringan keselamatan sosial khususnya dalam memastikan faedah ekonomi diterima semua kelas sosial masyarakat di Malaysia. Hasilnya, di bawah MEB, pelbagai program jaringan keselamatan sosial diwujudkan selari dengan pengenalan kepada mekanisme bantuan sosial kepada rakyat memfokuskan kepada pembangunan kelompok B40. Kajian ini berteraskan kepada sumber sekunder yang diperolehi daripada kajian perpustakaan, laporan kerajaan, jurnal ilmiah dan jurnal popular seperti akhbar dan majalah. Data-data tersebut dianalisi dan disesuaikan secara kualitatif dan teoritis merujuk kepada negara sebagai alat analisis utama. Tuntasnya, artikel ini menganalisa sejauhmana peranan negara dalam merangka dan merencana program pembangunan sosial mengkhususkan soal transformasi pengukuhan jaringan keselamatan sosial di Malaysia bermula dari era Tun Abdul Razak melalui DEB sehinggalah ke era MEB di bawah pemerintahan Najib Razak.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Asyrul Adnan, Muhammad AriffUNSPECIFIED
Mohd Noor, RafizahUNSPECIFIED
Abdul Rahim, Akmal HishamUNSPECIFIED
Yaacob, Nur AinUNSPECIFIED
Najid, Nurul AfzanUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Malaysia
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Environmental policy and economic development. Sustainable development. Environmental management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > UiTM Press Pahang
Journal or Publication Title: Gading Journal for the Social Sciences
Journal: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: 2600-7568
Volume: 22
Number: 00
Page Range: pp. 162-175
Item ID: 29454
Uncontrolled Keywords: Negara, Pembangunan, Jaringan keselamatan sosial, Dasar Ekonomi Baru, Model Ekonomi Baru
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29454

Download

[img] Text
29454.pdf

Download (409kB)


View in Google Scholar

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year