Abstract
Perkembangan Teknologi Web dan Internet yang terlalu cepat menjadikan proses pencarian maklumat di Internet yang dahulunya merupakan satu perkara yang mudah telah bertukar menjadi satu perkara yang remeh, memerlukan masa dan kemahiran maklumat yang tinggi. Disamping itu, pertambahan maklumat baru yang drastik iaitu sebanyak lima (5) exabytes dalam masa setahun menjadikan proses pengurusan maklumat digital lebih komplek dan memerlukan masa. Hasil penyelidikan terdahulu menunjukkan sebanyak sembilan puluh dua peratus (92%) maklumat telah disimpan di dalam storan magnet, dan 18 exabytes maklumat baru telah dilaporkan bergerak melalui ruangan elektronik pada tahun 2002. Dari jumlah tersebut, sebanyak 170 terabytes maklumat ini dilaporkan bergerak melalui saluran web pada tahun 2002, berbanding sebanyak 20 hingga 50 terrabytes sahaja pada tahun 2000. Ini adalah tujuh belas kali ganda lebih banyak dari maklumat bercetak yang terdapat di Library of Congress. Keadaan limpahan maklumat ini akan berlarutan dari sehari ke sehari, selari dengan pertambahan masa. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kaedah dan teknik yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah limpaham maklumat dalam persekiran web dan Internet. Lanjutan dari itu, kajian ini Cuba melihat kepada penggunaan ruangan peribadi berasaskan web bagi tujuan pengurusan digital maklumat berasaskan web
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Abd Latif UNSPECIFIED Wahab, Anuar UNSPECIFIED Masduki, Mohd Ngisomuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Interactive multimedia L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Computer network resources. Internet in education. Web-based instruction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Keywords: | teknologi web; Internet; Mandarin; pencarian maklumat di Internet; pengurusan maklumat digital |
Date: | March 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28359 |
Download
LP_ABD LATIF ABDUL RAHMAN RMI K 05_5.pdf
Download (147kB)