Kumpulan nasyid pertama di industri hiburan malaysia. Kes studi: Kumpulan Raihan / Nur Fardilla Nadia Abu Bakar

Abu Bakar, Nur Fardilla Nadia (2008) Kumpulan nasyid pertama di industri hiburan malaysia. Kes studi: Kumpulan Raihan / Nur Fardilla Nadia Abu Bakar. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kajian ini mengandungi gambaran serta keterangan mengenai "Kumpulan nasyid pertama di industri hiburan Malaysia: Kes studi : Kumpulan Raihan". Untuk menyiapkan tesis ini, penulis telah membahagikan setiap tajuk kepada beberapa bab. Segala maklumat dan keterangan ditentukan oleh penulis dan diletakkan mengikut susunan bab-bab yang telah dibahagikan. Penulis juga telah melampirkan sekali soalan-soalan yang diajukan kepada individu yang berkaitan dengan tajuk dan ini sedikit sebanyak memudahkan pembaca untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Selain daripada itu, pembaca juga boleh merujuk isi kandungan yang telah disediakan oleh penulis bagi memudahkan lagi pembacaan. Penyelidikan dan segala maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis adalah dibuat atas sebab rasa tanggungjawab dan prihatin penulis terhadap muzik nasyid di industri hiburan tanahair dan penulis juga ingin berkongsi apakah rahsia-rahsia kejayaan kumpulan Raihan sehingga mereka begitu dipuja dan diangkat sehingga di mata. Penulis juga ingin berkongsi bersama pembaca apakah peranan syarikat rakaman Warner Music dalam mempromosikan dan memasarkan kumpulan Raihan dan album Puji-pujian sehingga mencatat penjualan sebanyak 650,000 unit. Setidak-tidaknya ia dapat dijadikan rujukan dan manfaat kepada individu, artis atau syarikat rakaman yang lain agar mengambil langkah sama yang diambil oleh mereka ini. Penulis juga ingin berkongsi pandangan dan pendapat masyarakat, media cetak dan elektronik tentang keistimewaan kumpulan Raihan dan album Puji-pujian ini.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Bakar, Nur Fardilla Nadia
UNSPECIFIED
Subjects: M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Analysis and appreciation of music
P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music
Programme: Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan
Keywords: nasyid malaysia Kumpulan Raihan
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_NUR FARDILLA NADIA ABU BAKAR MU 08_5.pdf] Text
TD_NUR FARDILLA NADIA ABU BAKAR MU 08_5.pdf

Download (1MB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

28070

Indexing

|

Statistic

Statistic details