Aspek keselamatan kebakaran bangunan warisan (rumah kedai) / Mohd Izhar Din.

Din, Mohd Izhar (2010) Aspek keselamatan kebakaran bangunan warisan (rumah kedai) / Mohd Izhar Din. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kebakaran bangunan warisan rumah kedai dari apa yang diketahui melalui media massa melibatkan kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda yang tinggi. Kebakaran yang biasanya berlaku melibatkan lebih daripada sebuah rumah kedai. Ini kerana rumah-rumah kedai dibina bersebelahan antara satu sama lain. Timbul pula persoalan adakah pembinaan bangunan warisan rumah kedai ini selamat untuk didiami dari segi aspek keselamatan kebakaran. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui tentang aspek keselamatan kebakaran di bangunan warisan rumah kedai. Objektif kajian ini adalah mengkaji sistem keselamatan kebakaran pasif dan aktif di bangunan warisan rumah kedai, memahami aspek keselamatan kebakaran di bangunan warisan rumah kedai dan memberikan cadangan yang terbaik untuk dipraktiskan melalui hubungan aspek keselamatan kebakaran terhadap bangunan warisan rumah kedai. Dalam bab dua menerangkan kebakaran secara amnya terhadap bangunan warisan rumah kedai manakala bab tiga menerangkan metodologi kajian. Dua kajian kes telah dilakukan iaitu di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Setiap kajian ini lima buah rumah kedai telah dipilih. Jadi keseluruhan kajian kes ini adalah sepuluh buah rumah kedai. Maklumat mengenai kajian kes ini iaitu nama pemilik rumah kedai, nama kedai, alamat, jenis perniagaan, tahun pembinaan, dan gaya seni bina rumah kedai serta maklumat yang berkaitan diterangkan dalam bab empat. Segala maklumat dari borang soal selidik yang diedarkan kepada 10 penghuni rumah kedai, 30 pengunjung rumah kedai, temubual bersama pihak Bomba dan Pihak Berkuasa Tempatan dan pemerhatian ke atas rumah kedai akan dikumpul dan dianalisa di dalam bab lima. Maka, kesimpulan terhadap kajian dilakukan berpandukan analisa yang telah dibuat. Oleh itu, segala objektif kajian ini akan dirumuskan di dalam bab enam. Selain itu, cadangan yang terbaik untuk dipraktiskan melalui hubungan aspek keselamatan kebakaran terhadap bangunan warisan rumah kedai turut diterangkan di dalam bab ini.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Din, Mohd Izhar
2007278272
Subjects: T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary
T Technology > TH Building construction > Security systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Bachelor in Building Surveying (Hons)
Keywords: Keselamatan, Kebakaran, Rumah kedai
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27068
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 27068.pdf] Text
27068.pdf

Download (134kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam

ID Number

27068

Indexing

|

Statistic

Statistic details