"IMMOLIMB™" penyelesaian masalah kepada imej prosedur angiografi anggota bawah yang kurang optimum / Halmi Shamsudin … [et al.]

Shamsudin, Halmi and NI, Nik Azuan and Nordin, Norman and Samian, Sa'don and Salahudin, Hafiz and AB, Azrul and Nordin, Norhafizan and Ismail, Meriam and Hassim, Rohaida and AWE, Wan Shoriya and Sap'e, Salwa (2018) "IMMOLIMB™" penyelesaian masalah kepada imej prosedur angiografi anggota bawah yang kurang optimum / Halmi Shamsudin … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 2 (1). pp. 31-50. ISSN 2600-7606

Abstract

Prosedur angiografi adalah salah satu daripada prosedur pengimejan diagnostik untuk mengkaji saluran darah di dalam arteri dan vena. Pemeriksaan angiografi ini dilakukan dengan menyuntik cecair likat yang dipanggil media kontras ke dalam salur darah bagi mengenal pasti dengan jelas kawasan salur darah yang tersumbat. Prosedur ini melibatkan pendedahan sinar-x di kawasan salur darah tertentu dan dilakukan oleh pakar intervensi yang terpilih. Terdapat beberapa jenis pemeriksaan angiografi di antaranya ialah angiografi serebral/karotid, angiografi koronari, angiografipulmonari, angiografiperiferal dan angiografi renal. Permasalahan utama berlaku apabila pemeriksaan angiografi anggota bawah dilakukan kepada pesakit warga tua berumur 60 tahun dan ke atas yang menghidap diabetes tahap kritikal pada saluran darah keduadua belah kaki. Permasalahan yang berlaku ialah tiadanya alat cegah gerak khas sesuai untuk menyokong pergerakan kaki pesakit dan pesakit berada dalam keadaan yang kurang selesa untuk tempoh 2-3 jam ketika pemeriksaan. Ini mengakibatkan pakar-pakar sukar menganalisis dengan tepat salur darah kaki yang tersumbat disebabkan imej yang dihasilkan adalah kurang optimum. Daripadaprojekyang telah dilaksanakan, terdapat beberapa impak telah berjaya diperoleh iaitu penurunan imej sinar-x anggota kaki daripada 40.18% kepada 7.95%, penjimatan kos pembelian alat cegah gerak kaki sebanyak RM23,316.00, kos perubatan telah berjaya dikurangkan sebanyak RM630,000.00, dos radiasi telah dikurangkan sebanyak 72.72%, penjimatan masa pemeriksaan sebanyak 67.74%, alam sekitar telah berjaya dipulihara dan projek ini telah menepati Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).Secara rumusannya, IMMOLIMB™ adalah ciptaan inovasi yang tercipta daripada bahan buangan terpakai bagi mengatasi masalah pergerakan kaki pesakit, memberikan keselesaan dan meningkatkan imej diagnostikpada tahapyang optimum.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsudin, Halmi
UNSPECIFIED
NI, Nik Azuan
UNSPECIFIED
Nordin, Norman
UNSPECIFIED
Samian, Sa'don
UNSPECIFIED
Salahudin, Hafiz
UNSPECIFIED
AB, Azrul
UNSPECIFIED
Nordin, Norhafizan
UNSPECIFIED
Ismail, Meriam
UNSPECIFIED
Hassim, Rohaida
UNSPECIFIED
AWE, Wan Shoriya
UNSPECIFIED
Sap'e, Salwa
UNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > RC Internal Medicine > Specialties of internal medicine > Diseases of the circulatory (Cardiovascular) system
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
ISSN: 2600-7606
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 31-50
Keywords: Angiografi, Diabetes, IMMOLIMB™
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26940
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_HALMI SHAMSUDIN JURIM 18.pdf] Text
AJ_HALMI SHAMSUDIN JURIM 18.pdf

Download (5MB)

ID Number

26940

Indexing

Statistic

Statistic details