Dimensi kebebasan dan limitasi al-Tafakkur dalam proses psikoterapi menurut al-Sunnah: perbandingan terhadap meditasi komplimentari bukan Islam.

KZ, Rahim and Nasir, Khairulnazrin and Mamat, Saifullah (2019) Dimensi kebebasan dan limitasi al-Tafakkur dalam proses psikoterapi menurut al-Sunnah: perbandingan terhadap meditasi komplimentari bukan Islam. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2 (2). pp. 15-37. ISSN e-ISSN:2006-9617
Abstract

Pemulihan masalah kesihatan mental yang perlu kepada rawatan psikoterapi menurut Islam telah pun giat dibangunkan oleh beberapa pihak berautoriti di Malaysia. Namun begitu, metode rawatan berasaskan aplikasi konsep al-Tafakkur menurut al-Sunnah masih kurang diperkukuhkan. Sehubungan itu, kajian ini dikemukakan bagi memenuhi keperluan kefahaman masyarakat Islam tentang dimensi kebebasan dan limitasi al-tafakkur menurut al-Sunnah. Pemurnian stigma yang sering mengaitkan metode al-tafakur dalam Islam sebagai adaptasi daripada amalan meditasi agama lain seperti Hindu turut menjadi skop utama kajian ini. Kajian ini adalah berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan diskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa Islam memiliki tatacara al-tafakkur atau kontemplasi tersendiri yang realistik. Kaedah al-tafakkur menurut al-Sunnah dilihat mempunyai fungsi holistik dan seimbang berbanding metode meditasi konvensional di dalam Transcendental Meditation, Yoga dan lain-lain metode rawatan psikoterapi bukan Islam. Kajian mendapati metode al-tafakkur menurut al-Sunnah adalah lebih berupaya berbanding meditasi komplimentari bukan Islam dalam memainkan peranan sebagai model psikoterapi alternatif khususnya bagi individu muslim.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of AJ_RAHIM KZ ACIS M 19.pdf]
Text
AJ_RAHIM KZ ACIS M 19.pdf
Download (770kB)
Indexing & Metrics